Rerumah Shvoong > Buku > Esei > Seks di Jepun

.

Seks di Jepun

Summary rating: 2 stars 10 Ulasan
Pengarang : Darkchilled
Review by : Kimimaro
Lawatan: 452
Perkataan: 600
Diterbitkan pada: Januari 23, 2008
Seperti di bahagian-bahagian lain di seluruh dunia, perkara yang melibatkan seks boleh dipertimbangkan sebagai penting di Jepun. Jepun dilihat mempunyai tingkah laku yang lebih bebas ke arah seks, berbanding mereka di Amerika Syarikat, sekurang-kurangnya melibatkan penjualan barang-barang berkaitan dengan seks. Suami yang mengadakan hubungan seks dengan wanita lain, tidak bermakna secara automatiknya menghala ke arah penceraian, seperti yang biasanya berlaku di Amerika Syarikat. "Jepun, sekali lagi, seperti yang telah diperhatikan banyak pihak, adalah merupakan sebuah negara yang dipenuhi perkara-perkara berkaitan seks. Ia adalah tanah di mana..majoriti golongan suami telah pernah melakukan zina sebelum itu. Ia adalah tanah yang menunjukkan kepada dunia, bahawa ia adalah "Bottomless" (Tidak mempunyai dasar - tiada had dalam seks). "Bottomless" ini bukanlah merujuk kepada pengisian semula cawan secara percuma"-Dimensions of Japanese Society: Gender, Margins and Mainstream, 1996. Satu sebab, terdapat terlalu banyak hotel ''cinta'', sekalipun dikaitkan dengan rumah-rumah biasa di Jepun secara relatifnya kecil, dan tidak menyediakan ruang bersendirian kepada pasangan-pasangan yang ingin melakukan hubungan seks. Oleh itu, jika anda bertemu janji dengan pasangan anda, satu-satunya pilihan ialah dengan menginap di hotel ''cinta'' (Hanya bila ingin mengadakan hubungan seks semata-mata).
Salah satu perkara yang aneh di Jepun, adalah apa yang dimaksudkan dengan "Love Hotel". Secara asasnya, ia adalah sebuah hotel, kadangkala mempunyai hiasan dan penampilan luaran yang berwarna terang, menawarkan bilik-bilik yang boleh anda sewa untuk beberapa jam dalam usaha memenuhi kehendak cinta atau hiburan semata-mata. Beberapa bilik dihias menggunakan berbagai-bagai format tema, dan biasanya disewa untuk beberapa jam.
Tiada sebarang reputasi diperlukan untuk menyewa hotel cinta ini, tetapi anda tidak patut dilihat memasuki atau meninggalkan hotel tersebut. Dalam erti kata yang lain, anda jangan hanya menyewa hotel cinta untuk seks. Ada di kalangan pelajar perempuan mendapat wang saku tambahan melalui memberi perkhidmatan seks melalui telefon, melayan panggilan lelaki kesunyian menerusi telefon, dan juga membuat pertemuan bersama lelaki-lelaki yang kesunyian. 
Selain itu, tempat khidmat urut juga ditawarkan di Jepun, dan ia biasanya melibatkan kegiatan seks. Para pelancong yang datang ke Jepun pula kurang mendapat keistimewaan seks ini, disebabkan mahu menjauhi dan ketakutan terhadap AIDS. Terdapat juga kepercayaan di kalangan penduduk Jepun, bahawa mereka tidak akan mendapat AIDS, hanya pendatang atau pelancong asing sahaja yang akan mendapatnya.
Di Jepun juga terdapat mesin layan diri yang menjual majalah-majalah lucah. Di Amerika Syarikat, kegiatan seperti ini semestinya mendatangkan bahaya kepada pemiliknya. Namun, di Jepun, ia adalah suatu perkara biasa. Cara pemikiran golongan wanita Jepun mengenai seks berbeza daripada mereka dari barat. Tanggapan mereka terhadap kegiatan pelacuran juga berbeza menurut Consuming Bodies: Sex and contemporary Japanese Art, 2002.
Hubungan seks sejenis telah dijana di bawah kod etnik yang menerangkan nanshoku (Kelucahan Lelaki) atau shudo (Cara tersendiri golongan muda), di dalam konteks di mana golongan lelaki elit dilihat mampu memujuk golongan budak-budak dan golongan muda yang belum matang, termasuk juga golongan lelaki yang telah bertukar jantina dari pelbagai usia(daripada golongan kelas rendah) yang bekerja sebagai pelakon dan pelacur. Kumpulan kedua pula terdiri daripada onnagata atau pemegang watak wanita, daripada teater Kabuki dan juga Kagema atau pelacur pertukaran-jantina.  
http://www.bookmice.net/darkchilde/index.html
Seks di Jepun  oleh  Darkchilled    2008 
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Kimimaro
  • Pitung78
  • notarazi
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • rld81nvn
  • EasyMidnight
  • fizsolution
  • b00TunK
  • beloved
  • ijass
  • Jaymez
  • kwenzc

.