Rerumah Shvoong > Buku > Esei > Membuat panggilan dengan PERCUMA!

.

Membuat panggilan dengan PERCUMA!

Summary rating: 3 stars 1 Ulasan
Pengarang : Tate Christee
Review by : Kimimaro
Lawatan: 105
Perkataan: 600
Diterbitkan pada: Januari 25, 2008
Kini, dengan adanya servis telefon 'VoIP' di pasaran, semakin ramai orang menjadi curiga dan ingin tahu: apa yang ditawarkan oleh servis telefon ini, apa yang tidak ditawarkan oleh servis telefon biasa kepada pelanggannya. Pertama sekali, servis 'VoIP' menawarkan perkhidmatan kadar panggilan yang lebih murah, terutamanya ke atas panggilan jarak jauh dan panggilan ke luar negara. Sekiranya anda mempunyai pelan telefon perumahan yang biasa, anda tidak mempunyai peluang untuk mendapat sebanyak yang diperolehi oleh seorang pemilik perniagaan yang beralih kepada 'VoIP'.
Sekiranya anda tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan 'VoIP', ia sebenarnya bermaksud 'Suara melalui protokol internet' (Voice over internet protocol). Untuk suatu aktiviti perniagaan yang bergantung ke atas panggilan jarak jauh, kos bagi panggilan-panggilan ini boleh meningkat dengan cepat. Kebanyakan pelan servis telefon 'VoIP' menawarkan panggilan jarak jauh ke seluruh negara secara percuma termasuk panggilan ke Kanada dan Alaska. Di mana, ia adalah servis yang termurah yang anda boleh perolehi ke atas panggilan jarak jauh. Panggilan ke luar negara adalah di mana pemilik-pemilik perniagaan dan pengurus-pengurus perniagaan mampu memungut penjimatan, kerana kadar panggilan antarabangsa boleh bermula serendah 2 sen per minit dan jika panggilan itu diletakkan kepada pihak yang menggunakan penyedia servis (Service Provider) yang sama, panggilan itu kebiasanya adalah percuma!
Terdapat lebih banyak faedah yang boleh diperolehi oleh pemilik perniagaan, termasuk keserasian yang lengkap bersama sistem bersepadu dan keupayaan mereka untuk menggunakan nombor telefon yang sama, tidak kira di mana perniagaan itu dibuat.
Terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambilkira sekiranya anda bercadang untuk menggunakan servis VoIP ini, iaitu servis telefon VoIP amat terdedah kepada masalah penyaluran kuasa tidak seperti servis telefon biasa, kecuali anda turut memasang penyimpan kuasa simpanan (Back up power source). Selain itu, melalui servis telefon VoIP, alamat kediaman anda tidak akan terpapar apabila membuat panggilan ke 911 (Panggilan bantuan kecemasan). Operator 911 tersebut tidak dapat mengesan tempat anda, dan ini boleh mendatangkan masalah kepada perniagaan tersebut. Manakala, sistem penggeraan tidak dapat berfungsi melalui sistem VoIP, ini berbeza sama sekali dengan sistem felefon biasa.
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Kimimaro
  • Pitung78
  • notarazi
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • rld81nvn
  • EasyMidnight
  • fizsolution
  • b00TunK
  • beloved
  • ijass
  • Jaymez
  • kwenzc

.