Rerumah Shvoong > Buku > Mitologi & Budaya Rakyat > 2 Orang Sahabat dan Seekor Beruang

.

2 Orang Sahabat dan Seekor Beruang

Pengarang : evergreen
Review by : ad3ap
Lawatan : 95  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Disember 13, 2007
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Two Friends & A Bear
Ini adalah cerita mengenai sebuah persahabatan. Kita perlu memilih siapa rakan kita sebaik mungkin terutamanya ketika kita di sedang menghadapi masalah, ini adalah sebuah cerita ringkas tetapi kita dapat lihat melalui karekter individu tersebut sahabat yang bagaimanakah mereka ini. Seperti yang berlaku dalam cerita ini apabila seekor beruang menyerang mereka salah seorang daripada mereka dengan pantas memanjat pokok untuk menyelamatkan dirinya sementara yang seorang lagi tidak berjaya melarikan diri dan terus rebah ke tanah dan berpura-pura mati. Beruang tersebut hanya menghidunya dan beredar, rakannya yang memanjat pokok tadi berlari ke arah rakannya yang berpura-pura mati tadi dan bertanya kenapa beruang tadi beredar dan apa yang telah dibisik oleh beruang tadi. Dia memberitahu rakannya dan rakannya berasa malu terhadap dirinya dan mendiamkan diri kerana dia tahu dia telah melakukan kesalahan dengan meninggalkan rakannya dalam kesusahan....Mahukah anda tahu apa yang telah dibisik oleh beruang tersebut "Jangan Mempercayai Mereka Yang Hanya Memikirkan Diri Mereka Sendiri"

Ulasan lain tentang 2 Orang Sahabat dan Seekor Beruang
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------