Rerumah Shvoong > Buku > Mitologi & Budaya Rakyat > Edwin Dengan Cincin Sakti (siri 1)

.

Edwin Dengan Cincin Sakti (siri 1)

Summary rating: 2 stars 13 Ulasan
Pengarang : YHA
Review by : adyatie
Lawatan : 248  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Ogos 24, 2007
Pada zaman dahulu, ada seorang janda miskin. Dia tinggal bersama anaknya di sebuah pondok didalam hutan. Edwin, demikianlah nama anak janda tersebut. Dia telah berumur 18 tahun dan sangat sayang sekali kepada ibunya. Setiap hari Edwin mencari kayu api untuk dijualnya di kampung-kampung berdekatan dengan hutan tersebut. Hasil daripada jualan kayu itulah yang dibelikannya makanan setiap hari. Pada suatu hari, janda itu telah kehabisan roti. Oleh kerana tiada lagi makan yang hendak dimakannya didalam rumahnya itu, maka janda itu menyuruh Edwin pergi membeli roti sambil berkata:"Edwin, roti kita sudah habis. Ini wang. Pergilah engkau ke kampung berdekatan membeli roti. Edwin pun pergilah ke kampung itu. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia bertemu dengan seorang lelaki yang  membawa seekor anjing tua. Anjing itu tiba-tiba berhenti tidak mahu berjalan. Lelaki itu pula tiba berhenti-henti menyeret anjing itu. "Selamat pagi pak," kata Edwin dengan hormatnya."Selamat pagi," jawab lelaki itu. "Kemana bapak hendak bawa anjing itu?" tanya Edwin. "Ke hutan sana. Dia akan kubunuh kerana dia sudah tua dan tidak berguna lagi.""Ah, kasihan. Janganlah dia dibunuh pak! Jual saja kepada saya....""Boleh jika harganya berpatutan.""Berapa harganya?""Suka hatimulah." Edwin pun memberikan semua wang untuk membeli roti yang ada padanya kepada lelaki itu. Anjing itupun dibawanya pulang. Anjing itu berlari-lari dan melompat kegirangan.

Ulasan lain tentang Edwin Dengan Cincin Sakti (siri 1)
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------