Kini, terdapat lebih beratus-ratus buku mengenai pemasaran dan promosi, tetapi buku "1000 Ways to Market Your Book" merupakan
yang asli! Buku ini mempunyai
lebih 700 muka surat. Ia dipenuhi dengan informasi mengenai realiti di dalam dunia penerbitan,(Termasuk mengenai fakta jujur yang mengejutkan, bagaimana tipu muslihat senarai New York Bestseller dilakukan), pembayang-pembayang yang membantu, dan juga cara-cara spesifik bagaimana meningkatkan penjualan buku. Kebanyakan bahan yang terdapat di dalam buku ini adalah khas untuk para penerbit. Walaubagaimanapun, kebiasaannya di akhir sebuah ruangan,
penulis akan menyertakan kotak tip kecil untuk menunjukkan penulis bagaimana untuk mengubahsuai pandangan ini bagi kepentingan penulis di dalam proses tersebut. Bagi penulis yang membuat penerbitan sendiri, buku ini adalah sangat berharga! Saya menulis nota tatkala membaca buku ini dan mendapat idea-idea pemasaran yang banyak. Satu-satunya kritik yang saya mahu ketengahkan adalah untuk melihat lebih banyak idea-idea yang mempunyai dan melibatkan kos yang lebih rendah. Kebanyakkan penulis tidak mempunyai begitu banyak baget untuk mengambil kesempatan di atas tip-tip yang diterangkan di dalam buku ini.