Novel 1511 ini memaparkan fiksyen pada tahun 1511, sebuah arikh keramat bagi bangsa Melayu, bukannya untuk benggali putih,
Alfonso de Albuquerque, wizurai perkasa yang telah menumpahkan puluhan ribu nyawa manusia di Ormuz dan Goa, akhirnya bertemu ajal jua di hujung mata pedang srikandi Melaka.
Nyemah, Tun Nyemah Mulya, perawan berusia 15 tahun, panglima laksamana Melaka, seorang yang luar biasa handal, licik, penuh makar, berbudidan tegar telah memimpin armada Nusantara dengan kekuatan 100 bahtera perang berisi lebih 60 000 tentera, membelah laut segara dengan 2 misi iaitu:
Pertama, mengotakan janji kepada Albuquerque bagi mengebumikan jasadnya di Lisbon;
Kedua, menakluki Portugal
tahun 1515 adalah tarikh yang digelapkan oleh sejarawan Barat di mana tumbangnya kerajaan Portugal dan tegaklah kesultanan Melayu di Eropah, dekad demi dekad!
1515 adalah kisah sejarawan mencari hakikat
sejarah, menjejak keagungan bangsa yang dipadam secara terancang; mengungkap getir gemuruhnya medan tempur; melukis filsafat cinta aneh, bahagia cinta sehala; menjulang luhur pengorbanan
perempuan srikandi, perempuan isteri.Sebuah buku yang agak berat dan mencabar minda. Novel sejarah yang bermakna!