Rerumah Shvoong > Seni & Kemanusiaan > Sejarah > SEJARAH TENTERA

.

SEJARAH TENTERA

Summary rating: 3 stars 5 Ulasan
Pengarang : SEJARAH
Review by : SriIndah
Lawatan : 242  Perkataan: 900   Diterbitkan pada: Disember 05, 2007
MALAYAN SPECIAL FORCES DI CONGO
 
Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Kelahirannya memang menjadi kebanggaan pejuang-pejuang dari Rejimen Askar Melayu yang telah mengorbankan segala yang ada kearah itu. Mulai dari itu proses untuk menukarkan tampok pimpinan Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) dari  pimpinan Inggeris berjalan dengan lancar.
 
            Pada tahun 1960 Persekutuan Tanah Melayu telah menyambut seruan  Pertubuhan  Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghantar kontijen tenteranya bertugas mengawal di Republik Congo. Negara kita dikenali dengan mulanya ketika itu merupakan negara yang ke 16 menyumbangkan pasukan tentera kepada Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo. Sumbangan ini telah mengharumkan nama Malaya ketika itu, dalam arena antarabangsa mestipun ianya sebuah negara yang kecil masih berkemampuan menyambut seruan badan dunia tersebut dan mempertahankan lambang Bangsa-Bangsa Bersatu demi mengekalkan keamanan dan kemakmuran dunia.
 
            Negara dengan sebulat suara telah meluluskan pemergian Angkatan Khas Malaya ke Congo. YTM tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri ketika pernah berkata berhubung camputangan Rusia i Congo, “campurtangan Rusia ini merupakan perang dingin dan boleh menimbulkan angkara yang tidak diingini”. Dalam usia yang begitu muda, negara ini telah menghantar batalion kedua, keempat, keenam dan ketujuh secara bergilir-gilir untuk tugas tersebut Pasukan Khas yang pertama terdiri dari tiga buah kompeni repal dari Batalion Ke-4 RAMD, Pegawai Memerintanya Lt Kol Ungku Nazaruddin Ungku Mohamed, Pasukan kedua Pemangku Persekutuan, Pasukan Semboyan dan lain-lain pasukan kecil, yang membolehkan pasukan itu berdikari dan mempertahankan diri sendiri.
 
            Perancangan segera telah dilakukan di Kementah bagi menyegerakan pembentukan sebuah pasukan khas. Setelah semuanya diberi pengkajian dengan terperinci dan terliti  anggota-anggota tadi dikumpulkan di Kem Imphal untuk diberikan satu latihan khusus. Pada 5 Okt 1960 tercatitlah dalam sejarah tanah air buat kali pertamanya anak watan diberi tugas sebesar itu. Perdana Menteri telah memberikan pesan kepada perjurit-perjurit kita, “Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata” Dalam amanahnya, belaiu berkata “Orang-orang di Tanah Melayu merasa bangga kerana askar-askar kita dikenali sebagai satu angkatan tentera yang gagah dan berani.
 
            Pemergian mereka adalah satu penghormatan besar kepada negara ini dan mengharumkan lagi nama Angkatan Tentera Persekutuan. Pemergian tuan-tuan ke Republik Congo itu kerana hendak mengawal keamanan dan keselamatan negara yang baru merdeka itu dan bukanlah hendak bunuh membunuh. Tidaklah syak atau bimbang bahawa askar-askar kita layak menjalankan kerja-kerja dan kewajipan mereka dengan sempurna. Oleh itu tuan-tuan akan berangkat dengan membawa bersama-sama harapan dan amanah yang besar dari rakyat dan kerajaan Persekutuan dan juga rakyat seluruh dunia bebas yang dicintakan keamanan.
Batalion Ke-4 kembali dari Congo pada pertengahan bulan Jul 1961 dan digantikan oleh Batalion Ke-6, Bn ini menduduki di tempat-tempat yang sama iaitu Markas Teknikal di Bakavu, satu kompeni di Kindu, satu kompeni di Goma dan satu kompeni lagi di Albertville. Satu kompeni kemudiannya telah diterbangkan ke Nyuzu sebuah pekan di utara Katanggu untuk menghancurkan pemberontak-pemberontak puak Buluba. Pemberontak-pemberontak ini telah melarikan diri apabila kompeni itu sampai di Nyuzu. Dua orang soldadu telah terkoban semasa batalion ini sedang berkhidmat di Congo. LKpl Yusof Yaakob terkoban apabila sebuah gudang peluru meletup di indu pada malam 27 Jul 1961. Prebet Sional Jantan telah mati lemas di Tasek Kivu pada 31 Dis 1961.
 
            Dalam bulam Mac 1962, batalion ini kembali ke Malaya setelah diganti oleh Batalion 7 RAMD. Bn ini berkhidmat di Cngo selama setahun dan pada 7 Jan, Bn ini balik ke Malaya  dan berkhidmat di Kuala Lumpur. Batalion ini kemudiannya telah diambilalih oleh Bn 2 RAMD. Pada 7 Feb 1963, Batalion Ke-2 diarahkan meronda  serta membersih beberapa kawasan gerakan di Wilayah Katonga. Di katonga pasukan ini telah membersihkan Wilayah tersebut dengan menawan sebilangan kecil askar-askar uphan dan merampas beberapa pucuk senjata api. Satu daripada kompeni batalion ini telah dengan bangganya dipilih untuk menyertai satu istiadat perbarisan raksaksa menyambut hari ulangtahun Bangsa-Bangsa Bersatu di LEOPOLVILLE. Perkhidmatan anggota-anggota Vatalion Ke-2 di Congo berakhir pada 28 Apr 1963. Selepas itu perkhidmatan RAMD di Congo terpaksa dihentikan akibat konfrantasi yang diistiharkan oleh Indonesia.
 
            Sesungguhnya perkhidmatan luar negeri ini telah mencatitkan sejarah gemilang tanah air yang dikenang hingga ke hari ini, sejarah  yang melambangkan keunggulan taat setia anak-anak Melayu yang berkhidmat di dalam RAMD telah sedikit sebanyak memberi sumbangan untuk memulihkan keamanan negara Congo. RAMD telah membuktikan sekali lagi akan kebolehannya di samping menaikkan nama dan imej negara dengan mutu tatatertib dan kecekapan yang tinggi.
 
            Semasa sejumlah anggota-anggota RAMD sedang berkhidmat di Congo pada 23 Mac 1961, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan mengumiakan Panji-Panji Yang DiPertuan Agong kepada seluruh RAMD sebagai  lambang kesetiaan dan kehormatan kepada Raja dan Negara. Dengan pengurniaan itu, maka bertambah beratlah tanggungjawab yang harus dipikul oleh RAMD.
 
            Pengurniaan Panji-Panji Yang DiPertuan Agong ini sangat – sangat disanjung tinggi oleh setiap anggota RAMD dan ianya akan sentiasa menjadi dorongan di dalam perjuangan mereka mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara selaras dengan cogan kata ‘TAAT SETIA’
 

Ulasan lain tentang SEJARAH TENTERA
SEJARAH TENTERA  oleh  SEJARAH    2007 
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------