Buku Sunnah Rasululllah saw tentang solat memaparkan tentang solat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Antara aspek
yang disentuh oleh penulis dalam buku ini ialah bab persiapan sebelum solat, rukun solat, solat berjemaah, solat Jumaat dan solat-solat sunat.
Penulisan dalam buku ini turut disertakan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis yang menyokong dan menguatkan hujah dan ilmu yang dituliskan. Bagi kita umat Islam, amatlah penting untuk kita mempunyai ilmu tentang solat kerana solat merupakan rukun Islam yang wajib dilakukan setiap hari. Solat juga merupakan tiang agama Islam dan amalan yang mula-mula sekali dihisab di hadapan Allah swt nanti ialah solat.
Oleh yang demikian, carilah ilmu dan panduan tentang solat supaya solat kita sempurna dan diterima oleh Allah swt. Buku ini adalah antara buku yang boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam kita meningkatkan ilmu kita tentang solat.Selamat membaca.