Buku ini memuatkan bukti-bukti sains dan sejarah tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW. Buku ini cuba membahaskan nabi Muhammad
sebagai rasul terakhir bagi menolak anggapan sesetengah pihak yang mengingkari kerasulan beliau tanpa usul periksa.
Buku ini juga menyingkap bukti Nabi Muhammad pernah disebutkan dalam kitab terdahulu seperti dalam Kitab Perjanjian Lama, Perjanjian Baru, Vedas, Purana, Bible dan kitab suci Budhha.
Turut dimuatkan ialah pandangan positif musuh-musuh nabi Muhammad kepada beliau. Pastinya kita pelik kerana selalunya musuh akan memandang negatif kepada musuhnya tetapi berbeza dengan Nabi Muhammad. Bacalah dan pasti di dalam buku ini ada jawapannya.
Selain itu juga, di dalam buku ini turut diselitkan bukti-bukti saintifik kebenaran ramalan di dalam Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad yang menjadi kenyataan. Untuk meningkatkan keyakinan dalam bidang aqidah, pastikan kita membaca buku ini. Pasti ada manfaatnya. Selamat membaca !