• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Kitab Suci>Mari BERUBAT DENGAN AL-QURAN

.

Mari BERUBAT DENGAN AL-QURAN

oleh : ainsalsabila    

Pengarang : ABDULLAH AL-QARI B. HJ SALLEH
Sesungguhnya Al-Quran merupakan kitab suci yang menjadi panduan bagi umat Islam. Al-Quran lengkap dan merangkumi
pelbagai aspek kehidupan. Sesungguhnya berubat dengan Al-Quran itu adalah benar dan merupakan suatu perkara yang wujud dalam  Syariat Islam.
      Di dalam buku comel ini, pengarang menulis bab demi bab dimulakan dengan bab Hanya Allah Yang Menghilangkan Kesukaran.  Seterusnya dalil menggalakkan berubat dengan Al-Quran, bab Pemeliharaan lebih baik daripada perubatan, Sembuh kerana beriman, Enam ayat penyembuh dan Keutamaan surah dan ayat Al-Quran.
    Bab berikutnya diisi dengan penyembuh bagi penyakit-penhyakit tertentu diiringi dengan ayat-ayat Al-Quran yang sesuai untuk diamalkan. Contohnya untuk penyembuh mata dan penguat pandangan boleh amalkan dengan membaca ayat 22 Surah Qaf, penyembuh sakit gigi dengan membaca ayat 23 surah Al-Mulk, penahan darah lubang hidung dengan membaca ayat 44 surah Hud dan pelbagai penyakit lain dengan ayat yang sesuai.
     Justeru bagi kita sebagai umat Islam, disamping mendapatkan rawatan moden di klinik atau hospital juga, wajar juga bagi kita untuk membaca dan mengamalkan doa yang sesuai untuk rawatan supaya sakit dapat disembuhkan dengan izin Allah swt.

Diterbitkan pada: Oktober 24, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

Orang yang telah membaca abstrak ini juga telah membaca:

.