• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Kitab Suci>75 SOLAT-SOLAT SUNAT SERTA DOA DAN WIRID

.

75 SOLAT-SOLAT SUNAT SERTA DOA DAN WIRID

oleh : ainsalsabila     

Pengarang : DARUL NU'MAN
      
Buku Solat Sunat ini memberi kita maklumat dan ilmu tentang solat-solat sunat
yang boleh dilakukan oleh kita sebagai orang Islam dalam kehidupan kita seharian. Solat sunat ini menjadi pelengkap dan dapat menampung kekurangan dalam ibadah solat wajib yang kita lakukan. Walaubagaimanapun, solat fardu memang wajib dilakukan.Solat sunat ini tidak dapat menggantikan solat wajib tersebut.
        Antara solat sunat yang tersenarai dalam buku comel ini ialah Solat Sunat Hajat, solat sunat Duha, solat sunat Tasbih, solat sunat Gerhana matahari dan bulan, Solat Sunat Witir, Solat sunat Istikharah dan pelbagai solat sunat yang lain. Ada yang pernah kita lakukan dan ada yang tidak pernah kita lakukan.
        Justeru kita sebagai seorang Muslim yang peka dengan ibadah kita sebagai lambang kehambaan kepada Allah, pastinya memerlukan buku comel ini untuk mengaut ilmu sebanyak mungkin dan kemudian terus mengamalkannnya di dalam kehidupan. Hidup ini hanya sementara sahaja.Jadi, beramallah selagi nyawa masih bersisa.
Diterbitkan pada: Oktober 24, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Komen

Showing 1 out of 1   Tambah komen anda
  1. 0 Ulasan 25 Oktober 2009
    1

    ainsalsabila

    SOLAT SUNAT

    Perlu dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah.Semoga mendapat keredhaan Allah swt

Bookmark & share this post

.