Buku Panduan Solat Perempuan ini wajar dibaca untuk mendapat ilmu tentang Solat khusus bagi kaum
hawa. Buku ini sungguh istimewa sekali kerana ia memaparkan Belajar solat cara mudah, sempurna dan praktikal. Ia turut disertakan dengan gambar dan panduan ilustrasi yang menarik dan membolehkan pembaca memahami gerak laku dalam solat tersebut.
Ia turut dilengkapi dengan hafalan surah,
wirid dan zikir selepas solat. Panduan dan tertib solat sunat juga turut disertakan. Bacaan dalam solat dipaparkan dengan tulisan yang jelas dan mudah dibaca. Ia turut dilengkapi makna dan
terjemahan bagi setiap ucapan dalam solat tersebut.
Pastinya buku ini banyak membantu kita untuk mengajar anak kecil belajar solat atau juga wanita dewasa yang mahu membetulkan solat kita. Ayuh, dapatkan buku ini dipasaran.Semoga solat kita betul sah dan diterima Allah swt.... Amin