Buku comel ini umpama permata bersinar yang perlu dimiliki dan dibaca serta diamalkan
oleh setiap orang Islam. Kandungannya yang berupa doa-doa Nabi saw yang memang sewajarnya kita ulangi membacanya pagi dan petang bagi mendidik dan menguatkan rohani kita.
Teringat saya semasa belajar di Sekolah Menengah Agama (asrama) suatu ketika dulu. Bacaan Al-Ma'thurat adalah menjadi kelaziman selepas solat Subuh dan Asar. Membacanya secara berjemaah dan menghayati makna disebalik kata-kata itu adalah saat manis yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Terima kasih
pengalaman.Pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan.
Kita perlu
istiqamah membacanya setiap hari. Ada Wazifah Kubra (panjang) & Wazifah Sughra (ringkas)... yang penting kena istiqamah membacanya.