• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Kitab Suci>Berinteraksi DENGAN JIN

.

Berinteraksi DENGAN JIN

oleh : ainsalsabila     

Pengarang : DR UMAR SULAIMAN AL-ASQAR
   
Jin merupakan makhluk halus yang ada di sekeliling kita. Dengan kekuasaan Allah swt, kita dilindungi
daripada melihat dan berinteraksi secara langsung dengan jin. Justeru, di dalam Al-Quran dan hadis juga ada dinyatakan panduan untuk kita mengenal dengan lebih mendalam mengenai jin ini.
      Kandungan awal buku ini memaparkan tentang definisi dan penjelasan jin - nama-nama jin, makanan dan minuman jin, perkahwinan manusia dengan jin, jin-jin rumah & kelemahan jin. Seterusnya diceritakan pula tentang tujuan penciptaan jin. Bahagian 2 pula menceritakan tentang syaitan menyerupai pelbagai macam rupa.
      Juga turut diterangkan tentang jin dan ilmu ghaib dan jin dan piring terbang. Sesungguhnya jin memang makhluk yang dicipta oleh Allah. Sehinggakan dalam Al-Quran juga ada satu surah iaitu surah JIN. Justeru itu, kita wajib mempercayainya. Tetapi kita tidak boleh menjadikan jin sebagai sandaran dalam hidup  kita kerana kita hanya meminta kepada Allah swt sahaja.
       Apabila membaca buku ini, kita pastinya akan dapat mengetahui dunia jin dan menghindarkan diri daripada dipengaruhi oleh jin. Selamat membaca.
Diterbitkan pada: Oktober 25, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

Orang yang telah membaca abstrak ini juga telah membaca:

.