Buku Asmaul Husna Rahsia dan Amalannya ini memaparkan tentang 99 nama Allah yang indah.
AsmaulHusna ini elok kalau kita amalkan membacanya setiap hari bagi mengingatkan diri kita kepada keindahan dan kesempurnaan sifat Allah swt.
Membaca setiap kalimah Asmaul Husna ini akan lebih menginsafkan kita tentang kebesaran Allah swt dan kekerdilan kita sebagai hamba Allah. Setiap kalimah Asmaul Husna ini mempunyai maksud di sebaliknya. Contohnya Ar-Rahman - Maha Pemurah. Membacanya akan menghilangkan sifat lupa. Ar-Rahim - Maha Penyayang -Supaya disayangi orang.Al-Latif-Maha Halus - untuk melariskan perniagaan.Dan lain-lain nama Allah yang mengandungi pelbagai maksud tersirat disebaliknya.
Asmaulhusna ini sebaik-baiknya kita jadikan amalan harian. Boleh juga kita baca dalam bentuk berlagu dan nasyid seperti yang selalu kita dengar di radio dan televisyen. Jadikanlah amalan seharian dengan membaca kesemua nama Allah yang 99 itu. Semoga kita mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah swt.Amiiin.