• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Kitab Suci>Amalan MALAM DAN HARI JUMAAT

.

Amalan MALAM DAN HARI JUMAAT

oleh : ainsalsabila    

Pengarang : DRS. MD ISA SELAMAT / UST. ABDUL QADIR MAYAN
     
Hari Jumaat merupakan penghulu bagi sekalian hari yang ada dalam seminggu. Justeru itu,
pada hari Jumaat terdapat amalan khusus yang sewajarnya dilakukan bagi mendapat pahala sunat yang tidak ada pada hari yang lain.
      Hari Jumaat atau dikenali juga dengan nama Sayyidul Ayyam (Penghulu segala hari) adalah hari yang utama. Hari yang mustajab doa, hari pertambahan kurnia daripada Allah swt, hari penuh keampunan dan barakah, hari untuk umat nabi Muhammad  dan terpelihara dari fitnah kubur sesiapa yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat. Nah.... begitu istimewanya hari Jumaat!
      Pada malam Jumaat , dita digalakkan membaca surah al-Kahfi dan surah Yassin. Juga membanyakkan zikir, doa dan selawat.Pada pagi Jumaat, Imam solat Subuh akan membaca Surah as-Sajadah dan akan sujud Sajadah. Juga digalakkan membaca Surah al-Insan, zikir, selawat dan membanyakkan doa.
      Kepada kaum lelaki, disunatkan mandi sebelum solat Jumaat, memakai bau-bauan, bersegera ke masjid, memotong kukun dan misai, berjalan kaki ke masjid dan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir. Kemudian Solat Jumaat dan mendengar Khutbah Jumaat.Digalakkan banyak berdoa kerana pada hari Jumaat ada waktu yang mustajab berdoa.
       Justeru banyak kebaikan pada hari Jumaat, marilah kita terus beramal dan istiqamah melakukannya kerana ganjarannya yang hebat daripada Allah swt.
Diterbitkan pada: November 02, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

Orang yang telah membaca abstrak ini juga telah membaca:

.