• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Cerita Seram>Bercakap dengan jin

.

Bercakap dengan jin

oleh : priofdar     

Pengarang : Tamar Jalis
permulaan cerita yang membincangkan profil penulis, keluarga dan latar belakang tempatnya. walaupun sudah lama diterbitkan,
namun gaya penulisan dan corak persembahan yang tidak kaku membuatkan nama pengarang ini tidak luput ditelan masa. siri cerita seram bersiri ini begitu memikat pembaca dan menimbulkan kekaguman kepada sesiapa sahaja yang pernah menatap dan mempunyai siri-siri penulisan siri bercakap dengan jin ini. lantaran ceritanya yang tidak membosankan serta gaya bersahaja yang dipaparkan, pembaca seolah-olah dibawa bersama mengembara mengikuti pengarang bersama datuknya. stail tersendiri yang di garapkan meninggalkan kesan kepada pembaca. pembaca seolah-olah turut sama merasa gerun dan seram sewaktu membaca siri bercakap dengan jin ini.penulis juga turut menyelitkan garapan petua serta seni bela diri yang amat menarik. kerana sekarang ini kebanyakan petua-petua orang melayu dulu kala semakin dilupakan dan dipinggirkan. selain itu, Tamar Jalis sebagai penulis yang sentiasa mengikuti datuknya ke serata pelusuk tanah air telah mengangkat penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai kaedah pengubatan islam yang begitu berkesan. juga dipaparkan keganjilan dan pelbagai bentuk syaitan yang cuba untuk menyesatkan manusia. kesimpulannya, selain daripada membaca untuk berhibur, Tamar Jalis juga berjaya mendidik serta memberi pengajaran yang amat berguna serta berkesan. justeru, tidak hairanlah nama Tamar Jalis dan siri Bercakap Dengan Jin terus menjadi lagenda siri Novel seram yang terbaik di Malaysia.
Diterbitkan pada: Ogos 17, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

Orang yang telah membaca abstrak ini juga telah membaca:

.