Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah
dengan menggunaka
kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan
keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :
Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau
langgar
pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah , ibu!
Cik Tina:
Kena tak ? Kena tak?
Farid: Belum, belum. Undurlah
lagi ibu.
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Undur lagi, lagi, lagi .
Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!
Farid: Okay ibu,
dah kena pun pokok !
Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta
aku !
Farid: Kata
ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !
Ulasan lain tentang Bertuah Punya Anak