Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Buku>Humor>Komik Naruto Shippuuden 300 (Buku Lukisan Sai)

Komik Naruto Shippuuden 300 (Buku Lukisan Sai)

oleh: Kimimaro     Pengarang : Naruto
ª
 
Kisah kali ini bermula dengan Naruto, Sakura dan Cpt. Yamato @ Yamato Sensei masing-masing cuba membongkar rahsia di sebalik buku lukisan Sai (Ahli terbaru pasukan Naruto dan Sakura @ menggantikan Sasuke). Masing-masing mengeluarkan pendapat dalam usaha mentafsir lukisan-lukisan Sai yang jelas sekali memberi jawapan kepada tingkah laku Sai yang agak aneh dan mencurigakan. Sekali gus menimbulkan rasa was-was mereka terhadap tahap kesetiaan Sai. Sementara itu, di satu kawasan yang lain. Orochimaru, Kabuto dan Sai sempat berehat sebentar di tepi sebuah sungai. Namun, Orochimaru keberatan hati untuk berhenti lama kerana khuatir akan dijejaki ninja-ninja kampung Leaf. Kabuto pula meminta sedikit masa daripada ketuanya, Orochimaru kerana mahu membersihkan perkakas perubatannya. Kabuto kelihatan tidak sabar untuk menyiapkan sebuah jutsu baru sambil menunjukkan skrol ciptaannya yang masih mengandungi satu lagi kekurangan dan meminta Orochimaru membekalkannya sebuah mayat budak lelaki berusia 15-16 tahun bagi menyempurnakan jutsu tersebut. Jelas sekali, Kabuto mengikut jejak mentornya, Orochimaru dengan mencipta jutsu-jutsu terlarang dengan mengorbankan nyawa manusia. Dalam masa yang sama, Sai mula menyedari kehilangan buku lukisannya. Kerisauan Sai dapat dikesan mudah oleh Orochimaru. Namun, Sai segera menafikannya. Sai baru sedar bukunya tertinggal di tempatnya bersemuka dengan Orochimaru sebelum itu. Setelah berkali-kali membelek buku lukisan Sai, Naruto, Sakura dan Yamato Sensei mula mensyaki bahawa buku itu adalah mengenai Sai dan abangnya. Lukisan-lukisan di dalam buku tersebut melambangkan bagaimana mereka berdua menewaskan musuh masing-masing sebelum itu. Namun, yang masih menjadi tanda tanya adalah kehadiran 2 muka surat tengah buku tersebut. Setiap muka surat tengah (kiri dan kanan) tersebut terlukis fizikal penuh adik-beradik tersebut, KECUALI WAJAH! Ini menerbitkan rasa kurang selesa Naruto kerana mereka masih kurang jelas mengenai erti sebenar lukisan-lukisan aneh Sai. Tidak lama selepas itu, Yamato Sensei menerima isyarat daripada bushinnya (jelmaan replika) yang mengekori pergerakan Orochimaru dan anak buahnya secara rahsia. Tempat persembunyian Orochimaru berjaya dikesan! Ia terletak di sebuah himpunan batu besar yang begitu sunyi dan seakan-akan sebuah gurun terbiar. Kebolehan replika Yamato menyerupai pokok amat membantu dalam usaha mengesan tempat persembunyian Orochimaru tanpa dikesan. Orochimaru, Kabuto dan Sai telah sampai ke tempat persembunyian itu. Suasana di situ sungguh menyeramkan. Ia adalah sebuah tempat persembunyian bawah tanah yang dihiasi dengan ukiran berunsur ular gergasi dan hanya diterangi nyalaan lilin. Tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki muda menegur Orochimaru. Suara itu datang dari sebuah sudut yang agak gelap. “Kau lambat Orochimaru! Adakah kau sudah terlupa bahawa kau seharusnya melatih jutsu terbaru itu kepada aku petang ini?”, kata lelaki yang tidak diketahui identitinya itu dengan lantang dan bersahaja. Ini mencetuskan rasa tidak puas hati Kabuto kerana teguran itu bersifat biadap. Orochimaru menjawab sergahan lelaki itu dengan memperkenalkan Sai. Namun kedatangan Sai, langsung tidak menarik minat lelaki itu. Lelaki itu adalah tidak lain dan tidak bukan, UCHIHA SASUKE! Bersambung…
Diterbitkan pada: 25 Februari, 2008   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

  1. 1. jevin

    naruto

    hahahahahahahhahj..

    1 Pengadaran 06 Mei 2013
X

.