.

Seni Perhubungan

Pengarang : Claire Raines; Laura Ewing
Review by : fareast
Lawatan : 181  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Ogos 01, 2007
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada The Art of Connecting
Saya merasakan lebih ramai orang yang terlibat di dalam perniagaan (dan di dalam kehidupan secara amnya) menyedari bahawa mereka tidak mempunyai persamaan. Sebagai contoh, kita hidup di dalam masyarakat majmuk di mana tidak seorang di antara kita mempunyai persamaan dari segi rupa,bahasa mahupun tindakan. Disamping perbezaan yang ketara dari segi fizikal, kita juga mempunyai perbezaan dari segi minat,nilai-nilai atau peradaban dan juga matlamat masing-masing. Oleh itu untuk berjaya di dalam perniagaan (dan juga kehidupan) adalah menjadi keperluan bagi kita supaya saling memahami, merasai dan dapat bersama-sama serta akhirnya dapat berhubung serta berkait rapat dengan orang lain yang berbeza dari diri kita. Toleransi atau perpaduan antara kaum akan menjadi lebih sukar tanpa perhubungan dengan sesiapa. Rahsianya mudah sahaja,jangan membangkitkan sentimen perkauman dengan membangkitkan isu-isu yang terdapat di dalam buku sejarah orang cina dua minggu sebelum mengadakan mesyuarat di Beijing :) Juga jangan menunjukkan rasa tidak minat untuk mempelajari sejarah bangsa lain hanya kerana kita merasakan tidak yakin atau tidak pasti untuk mempelajarinya. Rahsianya terletak pada kesedaran diri kita bahawa kita semua adalah individu yang mempunyai keistimewaan masing-masing (kita mewakili budaya yang kita persembahkan sepertimana yang tercatat di dalam sejarah bangsa). Lihat, dengar dan cuba untuk mencari titik persamaan di antara satu sama lain kerana sebagai seorang individu adalah lebih banyak  kemungkinan untuk kita membenarkan diri kita supaya melupakan jurang perbezaan yang nyata, membina hubungan yang baik, dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. Semuanya terpulang kepada diri kita.

Ulasan lain tentang Seni Perhubungan
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------