• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Mitologi & Budaya Rakyat>Baju Baru Kepunyaan Raja

.

Baju Baru Kepunyaan Raja

oleh : Arlynne     

Pengarang : Ceicams
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada The King's New Clothes
Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang suka bermegah dengan pakaian baru. Beliau suka menghabiskan masa berdiri
di hadapan cermin, sambil mengenakan pakaian baru. Beliau lebih mementingkan pakaian baru daripada memikirkan masalah yang dihadapi oleh rakyatnya. Namun begitu, rakyatnya masih hidup ceria dan gembira dan senantiasa menerima kunjungan pelawat. Pada suatu hari, 2 orang asing muncul sambil menjual pakaian yang menakjubkan. Pakaian tersebut mempunyai ciri istimewa: sesiapa yang melihatnya akan kelihatan bodoh walaupun orang lain tidak melihat apa-apa.
"Amat menakjubkan! - pikir raja tersebut. Dengan cara ini, saya boleh menentukan siapa yang berhak menghadiri sebarang majlis. Saya akan menempah pakaian tersebut secepat mungkin."
2 orang penipu itupun berpura-pura bekerja: mereka meminta sutera, benang emas dan sebagainya. Mereka tidak menggunakan bahan-bahan tersebut, sebaliknya, menyembunyikannya agar mereka boleh mencurinya kemudian.
Raja mula curiga lalu memerintahkan perdana menterinya untuk memeriksa kerja mereka. Apabila menteri tiba, alangkah terkejutnya apabila mendapati beliau tidak menjumpai apa-apa. Tetapi, orang-orang itu menjemputnya masuk untuk melihat "kain yang menakjubkan" yang kononnya mereka telah menenunnya. Untuk tidak kelihatan seperti orang bodoh, menteri tersebut berpura-pura melihat hasil kerja mereka. Beliau berkata: "Ini sungguh hebat! Saya akan memberitahu raja yang saya telah melihat kain yang tercantik sekali di dunia! - Kasihan! Beliau keluar sambil memikirkan betapa bodohnya dia."Saya tidak boleh mengaku yang saya tidak nampak apa-apa." Lalu, beliau memuji kedua-dua penipu tersebut.
Tidak lama kemudian, raja memerintahkan orangnya untuk melihat kerja kedua penipu itu. Beliau juga kembali dan berkata kepada raja: "Sungguh hebat!" Semua orang memperkatakan hasil kerja kedua penipu itu. Tidak sesiapa pun yang mengaku kerana tidak mahu kelihatan bodoh. Akhirnya, raja pun pergi melawat penipu itu untuk melihat pakaiannya. Orang-orangnya berkata - "Sungguh hebat!" - "Teramat cantik sekali!" Raja kebingungan kerana dia tidak melihat apa-apa. Beliau berfikir "Apa ini? Saya tidak boleh melihat apa-apa. Apa yang sudah terjadi? Adakah saya akan menjadi bodoh daripada orang-orang lain? Adakah saya tidak boleh menjadi raja? Tidak mungkin!" Beberapa minit kemudian, beliau menjerit: "Sungguh cantik! Teramat cantik sekali!" Lalu, kedua penipu tersebut menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Tuan.
Apabila "pakaian" berkenaan telah sedia untuk dipakai, Raja memutuskan untuk membuat pertunjukan bagi menayangkan pakaian tersebut. Orang-orangnya berpura-pura membantu beliau mengenakan "pakaian" tersebut. Apabila pertunjukan bermula, semua orang berteriak seolah-olah mereka nampak pakaian yang menakjubkan itu. Namun, di kalangan orang ramai itu, seorang budak menjerit: "Tetapi, beliau bogel" - Semua orang bercakap mengenainya, namun raja tetap meneruskan pertunjukkannya sampai habis.
Diterbitkan pada: Mei 23, 2008
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.