• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Mitologi & Budaya Rakyat>Kisah Puteri dan Kacang Hijau

.

Kisah Puteri dan Kacang Hijau

oleh : Arlynne    

Pengarang : Hans Christian Andersen
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada The Princess and the Pea
Pada suatu masa dahulu, seorang putera raja ingin mengahwini seorang puteri raja. Beliau mengembara ke seluruh dunia, tetapi
tidak menemui seorang puteri raja. Walaupun terdapat ramai puteri, namun agak sukar untuk mencari puteri raja yang sebenarnya. Ada sahaja yang tidak kena dengan puteri-puteri tersebut. Lalu, putera raja kembali ke tanahair. Beliau sangat sedih kerana terlalu ingin memiliki seorang puteri raja yang sebenar. Pada suatu petang, berlakunya angin ribut kencang beserta guruh dan kilat dan hujan yang amat lebat. Tiba-tiba kedengaran ketukan pada pintu pagar, dan raja telah pergi membukanya. Didapati seorang puteri raja berdiri di hadapan pintu pagar. Hujan dan angin telah membasahi puteri raja tersebut. Dengan keadaan air menuruni rambut dan baju serta kasut, dia tetap mengatakan bahawa dia adalah seorang puteri raja yang sebenar. Fikir permaisuri, kita akan mengetahui kemudian. Namun, permaisuri tidak berkata apa-apa. Beliau terus memasuki bilik tidur, mengeluarkan kesemua tilam dan meletakkan kacang hijau di bahagian bawah sekali. Selepas itu, permaisuri meletakkan semula 20 tilam di atas kacang tersebut dan 20 cadar di atas tilam-tilam tersebut. Puteri raja tersebut terpaksa tidur sepanjang malam di atas cadar dan tilam tersebut. Pada paginya, puteri ditanya samada beliau dapat tidur dengan nyenyak. Puteri menjawab, "Saya tidak dapat tidur dengan nyenyak sepanjang malam. Saya tidak tahu apa yang terdapat di atas katil, tetapi saya dapat merasakan sesuatu yang keras sehinggakan keseluruhan badan saya lebam-lebam. Kini, baru mereka tahu bahawa beliau adalah puteri raja yang sebenar kerana dia dapat merasai kacang hijau yang terdapat di bawah 20 tilam dan 20 cadar. Hanya puteri raja yang sebenar sahaja lebih sensitif dengan benda-benda seperti itu. Lalu, putera raja mengambilnya menjadi isteri kerana beliau tahu bahawa dia adalah puteri raja yang sebenar. Kacang tersebut dipamerkan di muzium di mana anda dapat melihatnya. Inilah cerita sebenar.
Diterbitkan pada: Mei 23, 2008
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.