• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

.

Snow White

oleh : Arlynne     

Pengarang : Walt Disney
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Snow White
Snow White dan Tujuh Orang Kerdil adalah cerita mengenai cinta, persahabatan dan keberanian. Cerita ini bermula ketika seorang
gadis cantik bernama Andriana sedang memerhatikan salji putih di luar jendela. Andriana mempunyai seorang emak saudara yang merupakan permaisuri. Oleh kerana terlalu leka memerhatikan salji, jari Andriana tercucuk jarum. Setitis darah terkena salji yang jatuh di jendela. Apabila Andriana melihat darah di atas salji, beliau berkata "Alangkah baiknya sekiranya saya mempunyai anak perempuan yang mempunyai kulit putih seperti salji, bibir merah seperti darah dan rambut hitam seperti kayu hitam.Tidak lama kemudian, permaisuri melahirkan seorang bayi perempuan yang mempunyai kulit putih seperti salji, bibir merah seperti darah dan rambut hitam seperti kayu hitam. Mereka menamakan bayi tersebut, Puteri Snow White. Malangnya, permaisuri meninggal dunia selepas melahirkan Puteri Snow White. Ayah Snow White kemudiannya berkahwin semula. Walaubagaimanapun, ibu tiri Snow White amat jahat dan suka bermegah diri. Ibu tirinya juga mempunyai kuasa ajaib. Beliau seringkali melihat dirinya di dalam cermin sambil berkata, "Wahai cermin ajaib, siapakah yang paling cantik di antara kesemuanya?" Dan jawapannya sentiasa adalah "Kamu". Snow White membesar menjadi seorang perempuan yang cantik. Beliau mempunyai rambut hitam bak kayu hitam, bibir merah bak bunga ros dan kulit putih seperti salji. Pada mulanya, tiada siapa yang mempedulikannya. Tetapi, pada suatu hari, permaisuri jahat melihat cermin ajaibnya seperti biasa. Beliau terkejut apabila mendapati jawapannya adalah tidak seperti selalu. Snow White adalah yang paling cantik di antara kesemuanya! Permaisuri menjadi marah! Dia terasa tercabar. Ini tidak mungkin. Permaisuri amat cemburu dan memerintahkan seorang pemburu membawa Snow White ke dalam hutan dan membunuhnya. Beliau juga memerintahkan pemburu tersebut pulang dengan membawa jantung Snow White sebagai bukti. Pemburu tersebut membawa Snow White ke dalam hutan tetapi sebaliknya, tidak membunuhnya. Beliau melepaskan Snow White dan membawa pulang jantung babi sebagai ganti untuk ditunjukkan kepada Permaisuri. Di dalam hutan, Snow White berkawan dengan tujuh orang kerdil. Mereka adalah "Si Pemalu", "Si Doktor", "Si Mamai", "Si Pemarah", "Si Gembira", "Si Mengantuk", dan "Si Bersin". Orang-orang kerdil itu dinamakan mengikut personaliti mereka yang berlainan. Walaupun mempunyai personaliti yang berlainan, mereka amat baik dan berjanji untuk melindungi Snow White. Permaisuri telah mengetahui tipu helah si pemburu tersebut. Permaisuri kemudiannya membubuh racun di dalam sebiji buah epal dan dengan menyamar diri sebagai seorang penjual buah epal, beliau menawarkannya kepada Snow White. Pada mulanya, Snow White enggan mengambilnya. Lalu, Permaisuri memotong epal dan memakan bahagian putih yang tidak mengandungi racun. Beliau memberikan bahagian epal yang beracun kepada Snow White. Snow White memakannya lalu jatuh dan terus tidur untuk selamanya. Binatang-binatang di dalam hutan terus mencari orang-orang kerdil dan memberitahu mereka mengenai apa yang telah terjadi. Mereka terus mengejar Permaisuri sehingga ke kawasan pergunungan. Dalam cubaan untuk melepaskan diri, beliau menolak sebongkah batu ke atas orang-orang kerdil tersebut. Tetapi, kilat memanah di tempat Permaisuri berdiri dan beliau terjatuh ke bawah lalu dilanda bongkah batu tersebut. Dua ekor burung hering yang mengekorinya sebelum ini, terus memakannya.Orang-orang kerdil pula merasa amat kecewa apabila mendapati Snow White tidak dapat dipulihkan. Sekian lama, orang-orang kerdil serta segala binatang di dalam hutan hanya dapat memerhatikan Snow White. Berita mengenainya tersebar ke seluruh daerah. Seorang putera raja kemudian tiba di hutan dan tertarik dengan kecantikan Snow White. Beliau terus jatuh cinta dan menciumnnya. Snow White bangun semula dan keduanya terus beredar. Mereka kemudiannya berkahwin dan hidup bahagia selamanya.
Diterbitkan pada: Jun 18, 2008
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.