Bagi menjiwai
serta merasai apa yang dialami oleh
jemaah semasa menunaikan ibadah Haji,sebagai tuntutan ibadah, Abdellah Hammoudi,Professor dibidang Anthropology ,Princeton University sendiri melaksanakan tuntutan ibadah ini pada 1999. Buku `Semusim di Makkah -catatan seorang jemaah` adalah catatan terperinci
pengalaman beliau sebagai rakyat biasa Morocco mendaftar untuk menunaikan Haji seterusnya menjadi sebahagian daripada lautan ummat Islam yang bertemu dari seluruh pelusuk dunia. Persiapan beliau bermula dengan beberapa kunjungan,penantian yang menggusarkan, belanja dan akhirnya berjaya menyertai lautan manusia menuju Madinah
dan Makkah. Sebagai jemaah dan melalui pemerhatian ,beliau mendapat pengalaman dan gambaran yang amat khusus serta istimewa untuk di imbas semula
Bagi pembaca. Kita ketahui bagaimana jentera pentadbiran Arab Saudi berfungsi untuk musim Haji, penjanaan wang melalui perniagaan yang pesat baik bagi pihak penganjur serta peniaga.Juga penterjemahan dari puak Wahhabi mengenai asas fahaman rukun rukun dalam Islam. Perjalanan ini menjadi pengalaman peribadi
beliau menilai kedudukan beliau sebagai seorang Islam, menjadi sebahagiaan dari ribuan ummat mengerjakan Haji , namun terasa kerdil berbanding mereka yang khusyuk,tawaduk serta bersemangat dalam perjalanan ini. Buku ini menjadi catatan luarbiasa, pengalaman mengerjakan Haji, bagi pembaca berugama Islam dan yang bukan beragama Islam. Ditulis dengan ikhlas, bernada biasa dan akan mencengkam hati pembaca sehingga tamat. Buku ini mesti dibaca bagi sesiapa yang ingin mengetahui dan memahami tuntutan ibadah serta kepercayaan ummat islam .
Ulasan lain tentang Semusim di Makkah-Cacatan seorang Jemaah