Adakah anda seorang peminat setia Naruto?
Di sini adalah beberapa tanda sama ada anda betul-betul ketagih
dengan Naruto. Sekiranya anda mempunyai idea anda tersendiri, anda boleh menghantarnya juga.
- Mewarnakan rambut anda kepada kuning
dan cuba berjalan menaiki pokok.- Hidup dengan hanya mengamalkan diet memakan ramen (Mee Jepun).- Menukar (trade in) topi kegemaran anda kepada pelindung dahi ninja (Forehead Protector). - Menutup mata dan menjerit "Byakugan". - Meniru gaya orang lain dan mengatakan gaya itu milik anda, - Berjaga di waktu malam menunggu keluaran terbaru manga naruto. - Menambah panggilan "Chan" atau "Kun" di belakang nama kawan anda. - Melekat kertas bertulis "Come Come Paradise" di muka depan buku lucah. - Cuba melakukan hikmat "Kuchiyose No-Jutsu" (Menjelmakan Katak Gergasi), - Menyimpan duit di dalam beg duit berbentuk katak, menghafal 64 titik Ninpou, Memasukkan tangan anda
ke dalam kotak elektrik dan menjerit "Chidori" lalu pengsan, menggunakan nickname watak dalam anime naruto, sanggup menulis kesemua yang dinyatakan di sini, enggan keluar dengan perempuan lain kerana hanya mahukan Sakura, tamat pengajian dan menganggap diri
sebagai Anbu, menangis apabila melihat babak silam keluarga Sasuke, meletakkan gambar Hinata di dalam dompet anda dan mengakunya sebagai teman wanita, menyatakan anda sedang berkerja sebagai Anbu di dalam resume anda, mampu mengungkap ayat kegemaran watak-watak dalam naruto, bangun tiba-tiba di tengah malam dan menjerit "Itachi! Kenapa???!!!", makan banyak siang dan malam dan berguling-guling cuba untuk melanggar seseorang, memutuskan untuk melakukan tekan tubi sebanyak 1500 kali jika tidak mampu menumbuk batang pokok sebanyak 1500 kali, mempunyai cara ninja anda tersendiri (ninja way), berlari seperti ninja (tangan ke belakang ketika berlari), cuba berjalan di atas air, mempunyai cita-cita menjadi Hokage, menulis nama di atas skrol menggunakan darah, menghilang selama 2 tahun setengah dan kembali dengan gaya lebih selamba dan lebih bijak, anda lukis sendiri tanda "Kyubi seal"di perut anda, anda anggap ada makhluk ganas terperangkap di dalam badan anda, anda berimaginasi anda mampu mengawal pergerakan pasir, anda ukir wajah hokage di gunung, anda namakan anjing peliharaan anda sebagai Pokkun atau Akamaru, anda simpan serangga di dalam poket anda dan pakai cermin mata hitam, anda pakai kanta mata merah, anda pakai baju hijau yang ketat, anda anggap anda mampu mengawal pergerakan bayang-bayang, anda warnakan rambut anda putih dan mengintai perempuan mandi, anda mengumpul katak, anda bela ular sebagai binatang kesayangan, anda anggap barang permainan yang anda baling ke udara sebagai shuriken atau peralatan ninja yang lain, anda menambah perkataan "dattebayo" di setiap penghujung ayat anda, anda bawa bersama kipas besar di belakang anda ke mana sahaja anda pergi, anda mengaku pernah berjumpa dengan naruto, anda melakukan gerakan-gerakan kuasa ninja kepada ahli keluarga anda!
Ulasan lain tentang Uzumaki Naruto