Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

MANDATORI

oleh: Pitung78     Pengarang : RAMLEE AWANG MURSHI
ª
 
MANDATORI
MANDATORI kalaulah kita ertikan dalam skop yang luas bermaksud sesuatu keadaan yang berlaku, seseorang itu tidak dapat melepaskan diri daripada terjadinya sesuatu keadaan yang tidak diingini. Maksudnya mandatori adalah berbentuk muktamat dan tiada rayuan untuk mengelak keadaan tersebut. Pernah dengar Hukum Gantung Sampai Mati - Mandatori. Ini bermaksud selagi seseorang itu belum mati, maka hukuman akan tetap dijalankan, sampailah ia MATI.

Begitulah keadaan yang dibawakan oleh penulis buku ini mengenai kehidupan seorang anak desa yang serba kekurangan baik dari kekayaan juga pangkat dan darjat. Pada asalnya remaja ini adalah manusia yang baik, namun apabila perasaan dendam menyelubungi kehidupannya, maka timbul beberapa perasaan yang amat ditakuti oleh dirinya sendiri dan orang lain. Dendam yang menyelubungi telah menghasut dan mempengeruhi kebaikan dan peradaban remaja itu.
Pada awalnya, niat yang suci dan murni untuk menyara keluarganya serta membantu adiknya untuk bersekolah. namun apakan daya, takdir telah merubah segalanya apabila dia diistiharkan telah terbunuh lemasa semasa mengikut pakciknya mencari rezeki di laut. Dalam keadaan yang tidak menentu itulah, maka berlakunya perkara yang kita mempunyai akal fikiran tidak akan dapat menerimanya.. Dirinya telah terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu dirinya yang asal, mempunyai akal fikiran waras, kedua dirinya yang penuh dengan dendam dan benci, 1001 kebengisan dan dirinya yang telah memasuki masa depan..
Anda sendiri akan merasa marah, benci dan dendam apabila ayah sendiri dianiya oleh majikan yang kita anggap sebagai keluarga sendiri. Penipuan dan kejahatan yang bersarang dilubuk hati orang lain telah mengakibatkan si anak menjadi piatu. Lantaran kepentingan diri dan meletakkan kesalahan kepada orang lain semata-mata untuk menyelamatkan diri sendir, maka satu nyawa yang tidak berdosa telah terkorban..
Pasti anda akan teruja apabila membaca novel ini.. Sebabnya jalan ceritanya yang penuh suspen dan anda rasa ingin tahu segera jawapannya.. Tapi anda mesti baca sehingga penamatnya...
Kita sambung lagi.. Di akhir-akhir ini banyak berlaku kejahatan: Rompakan, peras ugut, bunuh dan pelbagai jenayah lain lagi. Namun dalam cerita ini amat unik. Remaja berwatak jahat ini seringkali muncul di saat genting untuk menyelesaikan bermacam-macam masalah. Apabila seseorang hendak diragut, remaja ini pasti ada tercegat dihadapan.. Dan anda tahu apa hukuman kepada peragut tersebut? MANDATORI MATI.. yang uniknya hanya dengan satu das tembakan bisa mengemparkan sesiapa sahaja yang ingin melakukan kejahatan.. Awas anda sedang diperhatikan oleh si penghukum atau hakim Mandatori...
Untuk akhirnya sama-samalah kita hayati pengajaran yang boleh kita perolehi daripada cerita ini..
- Jujur dalam berkawan
- Amanah memegang harta
- dan yang penting jangan lakukan kemungkaran.
SEKIAN
Diterbitkan pada: 09 Januari, 2008   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

  1. 2. ijass

    DubaiMLM

    Daftar sekarang sebelum 30 Jan 2008 di http://ijassir.dubaimlm.com

    0 Pengadaran 12 Januari 2008
  2. 1. Pakis

    Mandatori

    Gaya bahasa anda sangat berkesan untuk saya mengetahui lebih lanjut lagi buku ini...

    0 Pengadaran 09 Januari 2008
X

.