Ahli Alkimia
Summary rating: 2 stars
6 Ulasan
Lawatan:
87
Perkataan:
600
Diterbitkan pada: Februari 26, 2008
Apabila Santiago, seorang pengembala kambing dari Andalusia,
Sepanyol bermimpi mengenai harta yang disembunyikan di piramid di
Mesir, kehidupannya berubah. Sebahagian daripada hatinya ingin mencari
harta and dimimpikan, sebahagian lagi mahu kekal sebagai pengembala
kambing.
Watak utama: Santiago (watak lain tidak diberikan nama)- dia seorang
yang bersifat ingin tahu mengenai dunia dan dia juga seorang yang suka
merantau supaya dia boleh menerokai dunia. Dia memilih untuk menjadi
pengembala kambing supaya dia boleh merantau dan belajar mengenai dunia
sendiri.
Komplikasi : Santiago mendengar kata hati dan mengambil keputusan untuk
mencari harta yang dimimpikan. Dia menjual semua kambingnya dan
berlepas ke Afrika di mana semua wang emasnya dicuri dan dia
ditinggalkan keseorangan di tepi jalan. Dia kemudian berasa kesal
kerana mempercayai mimpinya dan mula bekerja di bawah seorang peniaga
kristal supaya dia boleh menyimpan wang yang cukup untuk pulang ke
kampungnya. Kerana kegigihannya, dia berjaya membesarkan kedai itu dan
sekali lagi dia ingin cuba merealisasikan mimpinya. Seorang ahli kimia
yang mengingatkan Santiago kepada seorang raja membantu Santiago
meneruskan perjalanannya. Setelah menempuhi pelbagai dugaan dan
cabaran, dan setelah mempelajari banyak ilmu-ilmu hidup, Santiago
ahkirnya sampai ke piramid.
Klimaks : Dia mula menggali tanah dalam usaha mencari harta, tetapi
tidak lama kemudian, sekumpulan pencuri muncul dan memukulnya.
Kemudian, mereka memaksa dia menggali lagi, namun apabila tiada harta
dapat dijumpai, mereka meninggalkan kawasan itu. Salah seorang daripada
pencuri-pencuri itu memberitahu Santiago satu petunjuk yang penting dan
apabila mereka sudah pergi, Santiago tidak dapat menahan dirinya
daripada ketawa kerana kini, dia tahu di mana harta itu berada.
Kesimpulan : Cerita ini berakhir di tempat yang sama seperti di mana ia
bermula, di bawah pokok di mana dia bermimpi mengenai harta. Dia
menggali di bawah pokok itu dah menjumpai sebuah kotak yang penuh
dengan emas dan permata. Perjalanannya yang seterusnya dan yang
terakhir ialah kembali ke padang pasir untuk bertemu kembali wanita
yang dicintainya.