Rerumah Shvoong > Buku > Novel > Firma

.

Firma

Summary rating: 3 stars 3 Ulasan
Pengarang : John Grisham
Review by : vssk
Lawatan: 146
Perkataan: 600
Diterbitkan pada: Februari 26, 2008
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada The Firm
Ramai yang sudah menonton tanyangan ini, tetapi bukunya lebih seronok
untuk dibaca. Ceritanya bermula dengan watak utama Mitch McDeere yang
merupakan seorang graduan baru dari kursus perundangan. Dia mencari
kerja di salah sebuah firma terbesar, Bendini, Lambert & Locke di
Memphis. Firma ini unik (walaupun Mitch tidak tahu mengenainya sehingga
terlewat) kerana mereka hanya mengambil pekerja yang telah berkahwin,
bercita-cita tinggi dan berkulit putih. Firma ini lebih seperti sebuah
kelab zaman 60an daripada firma guaman.Mitch berbeza daripada
peguam-peguam yang lain kerana dia datang daripada sebuah keluarga yang
miskin dan mempunyai seorang abang yang berada di dalam penjara, tetapi
firma guamannya tidak tahu mengenai abangnya pada masa temuduganya.Setelah
mengambil Mitch bekerja, mereka meletakkan alat pengesan di rumah Mitch
dan juga di talian telefonnya untuk memantau kehidupan hariannya. Dua
orang peguam dari firma tersebut dibunuh, mungkin kerana mereka mungkin
mula tidak setia kepada firma ini. Jarang ada orang yang meletak
jawatan di firma ini, tetapi ramai yang meninggal. FBI juga merasakan
bahawa kadar kematian firma ini agak pelik, seperti juga kerja-kerja
berkenaan cukai yang dikendalikan mereka. Pihak FBI berjumpa Mitch dan
menawarkan dia suatu tawaran yang tidak dapat ditolak.Sementara
itu, Mitch mula sedar sesuatu yang tidak kena di firmanya. Dia membayar
seorang penyiasat persendirian untuk menyiasat kematian 5 orang peguam
di firmanya. Suatu hari, firmanya mencadangkan agar Mitch dan seorang
lagi peguam pergi ke Cayman Islands untuk bercuti. Mitch tidak pernah
bercuti di tempat yang eksotik dan sangat gembira dengan kesempatan
ini. Namun begitu, suatu malam ketika di pantai, dia digoda
oleh seorang pelacur yang dibayar oleh firmanya supaya mereka boleh
menggunakan gambar-gambar yang menunjukkan kecurangannya jika dia mula
tidak setia kepada mereka (firma). Mitch memberitahu isterinya apa yang
berlaku namun isterinya tidak begitu gembira apabila mendengarnya. Penyiasat
persendirian yang diambil kerja oleh Mitch tiba-tiba dijumpai mati.
Setiausaha Mitch datang melawat Mitch kerana dia risau kematian
penyiasat persendirian itu berkaitan dengan kes yang Mitch sedang
kendalikan. Pihak FBI sekali lagi menemui Mitch sekali lagi dan Mitch
risau FBI akan melakukan apa sahaja supaya Mitch bekerjasama dengan
mereka. Dari awal lagi Mitch sudah mensyaki firmanya dan telah
menyiasat firmanya dengan aktifnya. Contohnya, ketika dia di Caymans,
dia melawat penyelam yang merupakan tuan punya kapal di mana dua
daripada peguam-peguam yang meninggal dunia dibunuh tidak lama dahulu.
Penyelam itu memberitahu Mitch bahawa dia tidak percaya mereka
meninggal akibat kemalangan. Mitch terpaksa mengejar masa
untuk mendapatkan cukup bukti untuk menentang firmanya, menyelamatkan
abangnya and kembalikan hidupnya ke situasi seperti sebelum dia mula
bekerja di firma tersebut. Adakah dia perlu bekerjasama dengan pihak
FBI? Adakah dia membelakangkan firma guamannya dan juga kesemua 48
peguam yang terbabit? Bagaimana pendapat isterinya mengenai
kecurangannya, jika perkahwinan mereka tidak berakhir? Kesemua
persoalan ini akan terjawab apabila anda membaca buku yang menarik ini.
Firma  oleh  John Grisham     
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Kimimaro
  • Pitung78
  • notarazi
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • rld81nvn
  • EasyMidnight
  • fizsolution
  • b00TunK
  • beloved
  • ijass
  • Jaymez
  • kwenzc

.