bee pergi, supaya bee tenang di sana” aku terdengar bisikan dari abang Is.
“ Bee....!” aku menjerit tersadar,
lalu aku meronta – ronta ingin mencari abang Is. Lalu doktor datang memberi aku ubat penenang, kemudian aku senyap seketika, rupanya malam kejadian abang Is meninggal dunia di tempat kejadian, dan aku koma 7 hari di hospital. Mum, dad, sister, brother semua menangis semasa aku koma.
Sehari kemudian selepas aku sedar, aku bertanya pada mum.
“mum, tahu tak mana abang Is? Kenapa dia tak tengok adik?” tanyaan aku.
Mum menunduk kepala dan menangis,
“adik mungkin abang Is sibuk kot” jawap mum dengan nada yang sebak dan menangis.
“mum kenapa menangis? Apa yang mum sembunyikan dari adik? Mum nak tengok adik merana sepanjang hidup adik kan?” tanyaan aku mengugut.
“adik maafkan mum, sebenarnya abang Is dah pergi meninggalkan kita semua, mum serba salah nak cakap pada adik” ibu menangis.
Pada ketika itu aku rasa aku tidak berada di atas katil, aku rasa diri aku berada di atas angin, aku betul – betul meraung, aku meronta – ronta kecewa, kalau bukan di sebabkan aku ajak abang Is sambut valantines pasti abang Is masih di sisi aku. Aku memang tak berguna, tanpa aku sedari aku pengsan sekali lagi, seminggu kemudian aku di benarkan pulang. Tapi personaliti aku yang dulunya periang menjadi pendiam.
Aku sedih sangat dengan pemergian abang Is. Masih teringat – ingat kata – kata akhirnya untuk aku.
“sayang bee pergi dulu, maafkan bee.. bee janji bee akan tunggu sayang dekat sana, sayang orang yang paling sempurna bagi bee di dunia, Ya Allahhh..” aku menagis.
Kini dah setahun kejadian berlaku, aku berada di form 4. Walaupun setahun aku masih bersedih. Ada juga dua tiga orang ingin mendekati aku, tapi hati aku masih terluka. Memang susah untuk melupakan kenangan aku bersama abang Is selama dua tahun. Aku mengelamun.. “abang sebenarnya dah jatuh hati pada adik, abang dah tak boleh simpan perasaan ini lagi” aku teringat kembali kata – kata luahan hati abang Is semasa pertama kali meluahkan perasaanya.
“Kamarul Arifin! Saya tanya ni.! Apa yang kamu buat? Tanya cikgu yap dengan muka masam.
“maaf cikgu, saya mengelamun” jawapku selamba.
“lain kali fokus dalam kelas.. faham” cikgu yap memberi nasihat.
Ya Allah, tolonglah bagi aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan aku, berikanlah aku kekuatan untuk cuba melupakanya seketika. Ya Allah, berikanlah sinar pada di dalam dunia baru abang Is, Ya Allah.. kalaulah semua kebaikan aku boleh di pindah milik aku beri semua pahala kebaikan aku pada abang Is, dan keburukan abang Is menjadi milik aku. Aku tak sangup melihat abang Is terseksa. Bisikan hatiku sambil mendengar cikgu Yap berceloteh di hadapan kelas.