Kini aku sudah berada di form five. Semua kenangan lama aku dah dapat atasi, kini aku tabah dengan kehidupan aku. Walaupun
hati aku masih menangis, dan kesunyian. Aku cemburu betul bila tengok kawan – kawan bahagia dengan kehidupan mereka. Tapi, aku bersedih. Walaupun aku bersedih tapi aku masih mampu ketawa riang. Kini juga aku menduduki peperikasaan SPM ( sijil pelajaran malaysia ). Aku takut betul aku tak dapat score dalam spm. Maklumlah usia waktu ini hanya fikirkan untuk enjoy daripada belajar. Setegah tahun semasa aku form five telah aku lalui. Pada suatu hari ada seorang pelajar hensem daftar di sekolah aku belajar.
“wei am, ko pi tengok tu, mamat hensem siot”
“pi la usha ko kan single” kawan baik aku yusri mengusik
“eh tolong cikit, malas la nak usha – usha ni, nanti apa pulak dia kata” jawapku, dengan nada malas nak tengok budak baru itu.
“eh dia lalu, cepat – cepat cover macho, ops cover cute la” yusri dengan overnya ingin mengusik lelaki itu, lalu aku yang sedang khusuk membaca buku memandang ke atas lalu melihat budak yang di maksudkan oleh yusri, memang betul apa yang di cakapkan oleh yusri. Memang hensem. Lalu aku berbisik di telinga yusri.
“eh hensem siot mamat tu, eh kacau la” bisik aku di telinga yusri.
“hmm..hmmm pwitt... sombong siot mamat baru nie, nak kenal leh?” yusri mengusik. Mamat hensem itu hanya senyum malu dan bereda dari tempat kami.
“hahahaha ko tak laku la yus, dia tak nak dengan ko..hahahaha. dia tengok pon naik bulu roma dia.” Aku perli yusri sambil tergelak besar.
“siot jek mamat tu, dia fikir dah bajet hensem sangat, aku tengok pon nak muntah.. uwekss” yusri berkata dengan nada yang marah.
Aku masih tergelak besar. “ kringggg” lonceng kelas berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat, lalu aku bergegas pulang ke kelas aku, aku dan yusri berlainan kelas, tapi kami memang berkawan rapat, dia pun sama macam aku gay, dia yang banyak memberi aku semangat dan mengajar aku istilah – istilah baru untuk gay, antaranya plu
( people like us ) kata nama baru untuk gay, dan top untuk more to boy, bottom more to girl, bisex for men and girl, felexi dua – dua, straight lelaki normal. Dari yusri aku tahu benda ini semua. Tibanya aku di kelas seperti biasa aku mencari buku subjek seterusnya.
“bangun kelas, good evening teacher” ketua kelas memberi ucapan lalu di ikuti dengan semua murid – murid dalam kelas.
“baiklah murid – murid, kita ada rakan baru yang akan bersama anda semua sepanjang seisi persekolahan ini,” kata cikgu Tey.
“siapala agaknya budak baru ni agaknya, dapat la aku kawan baru coz tempat duduk sebelah aku kosong” bisik hatiku.
“wan masuklah apa yang kamu tercegat depan pintu tu” cikgu Tey memangil budak itu.
“perkenalkan diri kamu pada rakan – rakan” kata cikgu Tey.
“selamat petang semua, nama saya Mohd Saffuan bin Amran berasal dari johor, dan sebelum ini bersekolah di Sekolah Menengah Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang, keluarga saya telah berpindah ke kluang sebab itu saya ambil keputusan untuk belajar di sini” beliau berucap dengan suara yang lemah lemah lembut.
“fuyoo..patah rupanya..! huaaaa haahahha..!’ dua tiga orang budak nakal mengacau, pelajar lain hanya gelak.
“dah sudah.! Wan pergi duduk sebelah meja Kamarul” kata cikgu Tey.
“saya harap anda semua dapat berkerjasama dengan wan” kata cikgu Tey lagi.
“hai saya kamarul, panggil jek am. Sory tadi dekat kantin kacau awak, tadi tu kawan baik saya yusri, dia memang macam tu, tapi dia baik” aku bertanya dengan wan yang baru sahaja ingin megeluarkan bukunya.
“tak apa, saya tak kisah. Saya wan. Awak cakap suara awak manja la” kata wan.
“eh merepek je la awak ni” jawap aku.