Rindu mula menusuk kalbu apabila Fariz berjumpa dengan Vivianna..Pertemuan yang tidak disangka akhirnya menimbulkan
satu perasaan yang aneh didalam hati masing-masing.Pengalaman kecewa kerana
cinta pertama menyatukan mereka.Fariz..lelaki yang pada dasarnya simple tetapi sukar untuk melupakan kenangan cinta pertama.Shafika..gadis yang diharap menjadi permaisuri hatinya berpaling tadah apabila meninggalkan dia terkapai-kapai meneruskan kehidupan..Sukar untuk mengikis perasaan terhadap Shafika..Tahun berganti tahun..Fariz masih kekal menjadi perindu setia.
Vivianna..gadis Cina yang menyerahkan sepenuh jiwa raganya kepada Kelvin..Pada Kelvin,disandarkan harapan setinggi langit.Tapi sayang,Kelvin sama seperti lelaki lain.Kasih sayang hanyalah disebabkan oleh nafsu semata-mata.Vivianna mengalah,apabila menyedari dirinya sudah tiada erti lagi.
Cinta boleh dipupuk..Rindu boleh dibentuk..Cinta pertama tidak semestinya terus berkekalan..Vivianna dan Fariz akur..mengikut kata hati bahawa mereka sudah jatuh cinta.Pelbagai halangan dan ranjau yang terpaksa ditempuhi.Namun..Fariz yakin akan kata hati bahawa Vivianna sememangnya ratu didalam hati.Biar Shafika datang kembali,namun kasihnya tetap utuh buat gadis itu.Namun,mengapa dikala sayang mula berkekalan..Vivianna pergi meninggalkan dia terkapai-kapai seorang diri?Sebuah
novel yang menyentuh kalbu..yang menyedarkan dan memberitahu bahawa cinta itu adalah sesuatu yang tidak diduga..