Novel Ayat Ayat Cinta ini merupakan satu novel yang boleh membina jiwa dan jati diri pembacanya. Catatan perjalanan
novel ini disusun dengan pelbagai halangan dalam kehidupan Fahri sebelum dan selepas perkahwinannya.
Membaca novel ini membuatkan kita terfikir tentang
kekuasan Allah swt yang mengatur perjalanan hidup makhluk-Nya dengan sebegitu cantik & unik sekali. Dugaan dan cabaran di sepanjang hidup ini sebenarnya akan lebih mematangkan jiwa kita dalam melayari kehidupan ini.
Kepada yang belum pernah membaca novel ini, bacalah ..... Setelah membacanya, kita akan lebih menjadi hamba yang
bersyukur dan menghargai nikmat hidup yang kita layari.Selamat membaca!