Novel ini memaparkan kisah Aleya yang menderita di awal perkahwinannya. Duka dan airmata yang dihadapi dalam rumahtangganya
bagaikan sembilu yang menghiris pedih dan perit untuk ditanggung sendiri.
Sifat tabah dan sabar Aleya mendepani cabaran dalam rumahtangga ini akhirnya diakhiri dengan sinar bahagia.
Bagi insan yang bahagia dalam hidupnya, hargailah kebahagiaan itu kerana ia mahal harganya.Kita tidak akan terasa nikmatnya sehinggalah ia hilang drpd kita. Bagi yang sedang tercari-cari sinar kebahagiaan, pasti ada bahagia andai kita sabar, redha dan bertawakal kepada Allah swt.