Rerumah Shvoong > Buku > Kitab Suci > Bermain dengan Infiniti : Matematik Untuk Semua

.

Bermain dengan Infiniti : Matematik Untuk Semua

Pengarang : Rózsa Péter
Review by : foot
Lawatan : 37  Perkataan: 600   Diterbitkan pada: Februari 25, 2008
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Playing With Infinity: Mathematics for Everyman
Matematik Untuk SemuaBanyak
Orang takut dengan mata pelajaran Matematik di sekolah. Mereka cuba
mengabaikan siri dan formula yang panjang kerana mereka tidak dapat
mentafsirkan maksudnya. Tidak semestinya begitu, tetapi itulah
matematik bagi mereka, seperti "Malang yang tidak dapat dielakkan".
Percayalah : matematik boleh menjadi suatu dunia yang menakjubkan,
suatu pengiktirafan yang baru, yang mana mampu mengembangkan logik dan
kebolehan kognitif manusia dalam masa yang sama boleh menarik minat
serta menyeronokkan. Rózsa Péter, ahli matematik yang tidak asing lagi
pada abad yang lepas telah mencetuskan provokasi pemikiran dalam
penulisannya "Bermain Dengan Infinity".Dalam pengenalan kepada
kerjanya, dia memperkenalkannya kepada orang yang beminat dengan
matematik, tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.
Konsepnya diperkenalan satu persatu tanpa menggunakan rumus dari bab
operasi asas sehinggalah kepada bab pengamiran tidak tentu. Apakah
rahsia kejayaan buku ini? Penulis merupakan ahli matematik yang cekap
mempunyai pengalaman mendidik. Dia cuba mengajar dengan cara
menggunakan contoh daripada kehidupan seharian. Petikan dari seorang
pemuisi Hungari (Mihály
Babits) yang memperkenalkan persamaan algebra dan novel Rusia yang
membantu menerangkan nombor komplekslah yang menunjukkan kebolehan luas
penulis ini. Dengan pendekatan yang dia gunakan masalah yang sangat
rumit difahami dengan lebih jelas berbanding dengan masalah kuasa dua
bulatan dan pengurangan teori nombor. Apabila kita membaca buku ini,
kita mungkin mendapati bahawa matematik bukan subjek yang berasingan
tetapi matematik merupakan subjek penting yang berkait rapat dengan
subjek lain. Kita dapat mengecam walaupun terdapat banyak kajian
tentang cabang matematik dan membantu subjek lain, ia meliputi kesemua
bidang. Ia juga merupakan kenyataan yang penting untuk buku ini. Dalam
bahagian akhir buku ini, penulis memperlihatkan banyak masalah
matematik yang tidak selesai, yang mana dia banyak mengasingkan
kepercayaan yang salah kepada disiplin. Sejak terbitnya buku ini pada
tahun 1943, popularitinya meningkat dari golongan mudah dan seterusnya.
Ia boleh ditemui dimana-mana termasuklah di kedai-kedai buku dan laman
web. Saya sangat mencadangkannya kepada sesiapa yang ingin mengenali
matematik dengan lebih dekat.

Ulasan lain tentang Bermain dengan Infiniti : Matematik Untuk Semua
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------