Kenapakah kebanyakan wanita perlu menghadapi cabaran dalam perhubungan mereka dengan lelaki?
Terdapat
banyak sebab kenapa
wanita menghadapi masalah perhubungan tetapi seperti dinyatakan dahulu, sebab utama ialah wanita tidak memahami lelaki. Jikalau seorang wanita mahu memahami lelaki, dia perlu mengetahui bagaimana hendak menarik perhatian lelaki macam satu magnet, membuat lelaki lemah dalam tangannya dan memberikan segala-gala yang dia mahu kepadanya.
Halangan yang utama yang dihadapi dalam usahanya untuk memahami lelaki ialah mereka menggunakan cara-cara yang salah: Mereka meminta nasihat daripada teman wanita mereka. Mereka juga tidak tahu apa-apa
tentang lelaki. Mereka juga telah membaca tentang perhubungan ini dari majalah wanita.
Kalau anda adalah macam kebanyakan wanita, anda mungkin suka berbincang dengan kawan wanita anda tentang masalah perhubungan dan lebih teruk lagi, meminta nasihat daripada mereka. Adalah tidak bijak bagi anda untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar daripada teman wanita anda sama ada ibu, kakak, adik perempuan, sepupu perempuan atau emak saudara.
Dengan apa cara pun, minta teman wanita untuk mendengar kalau anda ingin meringankan beban dan kalau anda bercakap dengannya akan membuat anda lebih selesa. Tetapi anda mesti ingat bahawa berbincang dengan teman wanita anda (seperti dipaparkan dalam drama bersiri, ''Sex and the City''), akan merapatkan hubungan antara teman wanita tetapi ini tidak akan memperbaiki perhubungan anda dengan lelaki.
Jangan tersalah anggap. Ada juga teman wanita anda yang berkemungkinan dapat memberikan nasihat dengan bijak tetapi nasihat ini terhad kepada pengalaman dan pemerhatian mereka. Hanya kerana teman wanita anda telah mengalami apa anda mengalami tidak bermakna nasihatnya juga boleh diaplikasikan dalam situasinya.
Saya ketawa setiap kali saya teringat cerita tentang seorang perempuan yang menghabiskan masa berjam-jam berbincang dengan teman wanitanya tentang teman lelakinya yang sedang memberikan layanan dingin. Dia juga meminta kawannya memberi sebab yang mengakibatkan ini berlaku dan apa yang dia patut buat untuk membuat teman lelakinya bercakap dengannya semula. Pada hakikatnya, teman lelaki sedang bimbang tentang keretanya.
Ini menunjukkan betapa sedikitnya perempuan tahu.