Perkahwinan Bella dan Edward dijalankan tanpa masalah. Akan tetapi, Jacob datang dengan perasaan yang duka, tidak ada orang
yang ternampak selain daripada pasangan yang gembira itu. Bella dan Edward telah pergi berbulan madu di Isle Esme, satu pulau tropika yang cantik di Amerika Selatan. Pasangan tersebut telah cuba dan telah berasmara tetapi Bella telah mengalami lebam di seluruh badan akibat pengalaman itu. Mereka terus menikmati diri mereka dan Bella menyakinkan Edward untuk berasmara dengan dia sekali lagi. Apabila Edward tekah pergi memburu suatu malam, Bella telah berjaga dan makan sedikit daging ayam. Dia mula muntah dan berasa sakit, dia menganggap yang daging ayam itu telah rosak dan membuangnya. Akan tetapi, keadaan Bella semakin buruk dan dia menyedari bahawa haidnya belum datang melebihi lima hari. Dia juga mengalami penyakit aneh dan mimpi pelik. Selain daripada itu, dia juga ada sedikit perut terberntuk. Akan tetapi, mereka baru sahaja berada di pulau tersebut untuk dua minggu. Edward menelefon Carlisle semasa dia sedang membungkus benda mereka.