kesetiaan mengalami... akhirnya di punahkan sang lelaki.. mana harapan yang perlu di taruhkan pabila cinta tak di hargai.
tiada cinta seindah pelangi, tiada kata seindah tiupan angin di pantai, deruan ombak menemani sang gadis yang sedang asyik termenung mengenang kan perasaannya yang sering di lukai,
cinta yang sering di tindas, kata-kata yang tidak penah jujur di bibir sang lelaki yang dikenali selama ini. rupa paras yang cukup indah belum tentu menjanjikan kebahgiaan. hati nya sering berdetik mengatakan rupa parasnya menjadi mainan lelaki yang mendampingnya. manis yang tidak bergula, masin yang tidak bergaram, hanya pahit bak hempedu yang kelihatan di wajah mania ayu seorang gadis yang kecewa. Cinta...? mengapa sering mempermainkan cinta,berikan seikhlas hati pada yang memerlukan.
bila cinta terlanjur usah di salahkan cinta... sudah terlambat untuk di persalahkan.
mengapa kau pergi darinya melukai hati nya yang luluh tanpa belas. gadis yang luluh hatinya mempercayai cinta seorang lelaki yang sudah berkahwin yang sudah mempunyai dua cahayamata. bertapa luluhnya hati seorang gadis ini pabila mengetahui insan yang amat dicintai ini milik orang lain. Tidak kuat hatinya untuk melukakan hati wanita lain, baginya biarlah hatinya yang terluka. sekurang-kurangnya hati seorang sahaja yang terluka, hati seorang gadis yang terpedaya. Bukan hati wanita yang telah lama bergelar isteri, anak-anaknya, keluarga belah lelaki dan wanita yang tidak mengetahui kecurangan si suami. Mereka pastikan lebih terluka andai dia meneruskan hubungan terlarang ini. Sayupnya hati tak terkata tatkala kata-kata akhir perpisahan setelah lama menyulam cinta yang palsu. Gadis ini hanya menaruh harapan palsu, tenaga, wang ringgit di perguna sewenang-wenang oleh lelaki yang berperasaan palsu terhadapnya. Walaupun pernah terungkap dari bibirnya cinta dan kasihnya dia pada si gadis ini. Harapan itu yang digunakan, akhirnya kenyataan yang memusnahkan jiwanya. Dia pergi jauh, jauh membawa diri agar tidak menganggu kebahagian yang di bina kelurga itu, biarlah dia sendiri yang lalui derita ini, hanya masa dan keadaan yang mampu mengubahnya. Apa yang di tekadkan di hatinya, tiada dendam yang di bawa di hati biar la semuanya di jadikan pengajaran dan kenangan dalam kehidupannya, kesilapan semalam yang mematangkannya. Masih ada hari esok untuk mengubati hatinya, selagi nyawa di kandung badan hatinya tetap cekal menjalani kehidupan ini. sekian
-pena - westica8-