Hari itu Pak Ya rasa kurang sihat. Dia ke klinik minta rawatan perubatan kata doktor air kencing Pak Ya perlu diperiksa,
lalu diberikan sebuah botol kecil berjam-jam Pak Ya dalam bilik air air kencingnya tidak mahu keluar. Doktotr suruh Pak Ya pulang dan isi botol itu di rumah.
Sampai di rumah Pak Ya terus ke bilik air barulah selesa dan kencingnya keluar lalu di isi ke dalam botol dan diletakkan di atas meja.
Isteri Pak Ya terlanggar meja botol jatuh air kencing pun tertumpah. Isteri Pak Ya berasa takut kena marah lalu mengisi botol itu dengan air kencingnya.
Esoknya Pak Ya bawa botol itu ke Klinik dan setelah ujian air kencing dijalankan Pak Ya dipanggil masuk ke bilik doktor geleng kepala jururawat ketawa.
" Kenapa?" tanya Pak Ya hairan " Awak mengandung tiga bulan," jawab Doktor. Pak Ya terkejut lalu pengsan.