Rerumah Shvoong > Buku > Kitab Suci > MENGHARGAI NILAI-NILAI ESTETIK DALAM MENJANA KEMAJUAN

.

MENGHARGAI NILAI-NILAI ESTETIK DALAM MENJANA KEMAJUAN

Summary rating: 2 stars 11 Ulasan
Review by : Pitung78
Lawatan : 325  Perkataan: 900   Diterbitkan pada: Januari 17, 2008
MENGHARGAI NILAI-NILAI ESTETIK DALAM MENJANA KEMAJUAN
 
Allah Subhanahu Wata''ala mencipta alam ini dalam keadaan yang sangat indah, sehinggakan tidak ada walau sedikit pun sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Perjalanan cakerawala, peredaran siang dan malam, pagi dan petang, bulan dan bintang dan sebagainya teratur menurut aturan yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata''ala. Begitu juga hiasan-hiasan alam semulajadi, bunga-bungaan, pokok-pokok, tasik, pergunungan dan seumpamanya terlalu sangat menarik sehinggakan ciptaan-ciptaan Allah Subhanahu Wata''ala dijadikan sebagai salah satu industri tarikan pelancong tempatan dan luar negeri melihat pemandangan alam dan menikmati keindahannya. Keindahan dan nilai-nilai estetik semulajadi yang diciptakan oleh Allah Subhanahu Wata''ala untuk manusia ini sudah setentunya patut disyukuri, dihargai dan dipergunakan untuk apa jua keperluan manusia dengan sebaik-baiknya. Firman Allah Ta''ala dalam surah al-Kahfi ayat 7:
إنا جعلنا ما على الأرض زينة لها لنبلوهم أيهم أحسن عملا
Tafsirnya:
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapa di antaranya yang lebih baik amalnya.
Berdasarkan ayat ini, jelas kepada kita bahawa segala apa yang Allah ciptakan di dunia ini merupakan satu perhiasan yang sangat indah untuk kita mempermanfaatkannya. Melalui daya usaha seni kreatif, apa yang ada di dunia ini boleh diubah dan direka bentuk menjadi suatu yang lebih bermanfaat, berharga dan berguna untuk keperluan manusia. Setiap manusia ada daya imaginasi dan kreativiti menurut akal pemikiran, yang dengannya manusia mampu mencipta sesuatu yang bernilai estetik bagi keperluan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Kekuatan imaginasi dan kreativiti pada diri seseorang merupakan anugerah dan amanah daripada Allah Subhanahu Wata''ala yang perlu dijaga, disubur dan disemaikan dalam ruang dan batasan yang hanya dibenarkan oleh syariat Islam.
Dalam sejarah peradaban Islam mencatitkan negara-negara Islam dan yang pernah berada di bawah wilayah Islam banyak meninggalkan warisan-warisan tamadun dunia yang mempunyai nilai-nilai estetik yang sangat berharga terpelihara hingga ke hari ini. ''Qubbat al-Sakhrah'' contohnya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi untuk ditandingi kehebatannya. Pembinaan awal masjid ini diasaskan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a. di atas sebuah bukit bernama Moriah berhampiran dengan Masjid al-Aqsa di Palestin. Masjid ini terkenal di seluruh dunia termasuk masyarakat Barat dengan gelaran ''Dome of the Rock''. Khalifah Abdul Malik bin Marwan, pemerintah kelima kerajaan Bani Umaiyah telah memperbaharui semula pembinaan masjid ini dengan menjemput arkitek-arkitek dari Byzantine. Di samping mereka, orang-orang Parsi juga dijemput untuk membuat ukiran dan tulisan khat ''kufi'' pada dekorasi ''qubbah'' masjid.
Monumen-monumen warisan dunia yang mempunyai nilai-nilai estetik tersendiri juga berjaya dihasilkan oleh acuan kesenian arkitek-arkitek Uthmaniyah yang hebat seperti Khayruddin, Mahmud Aga, Davud Aga, Ahmad Pasha, Ibrahim Pasha dan yang paling terkenal di kalangan mereka ialah Sinan. Dia digelar sebagai ''chief imperial architect'' Dawlah Uthmaniyah di bawah pemerintahan tiga orang sultan, iaitu Sultan Sulaiman al-Qanuni, Salim II dan Murad III. Antara projek mega hasil pemikiran dan keringat Sinan termasuklah pembinaan Masjid Sehzade dan Suleymaniye di Istanbul serta Masjid Selimiye di Edirne.
Menurut Ibn Khaldun, ahli-ahli jurutera Islam pada zaman silam membina bangunan-bangunan mengikut cita rasa dan pandangan yang menarik dengan mengambil kira akan kesesuaian keadaan cuaca dan geografinya. Sekiranya di kawasan panas, maka menara-menara dibina untuk mengalihkan udara ke dalam bangunan. Di kawasan gurun pula, dibina lorong-lorong udara untuk memerangkap udara malam yang akan menjadi penyejping pembinaan bangunan-bangunan, seni bina taman juga merupakan antara nilai-nilai estetik warisan peninggalan tamadun Islam. Seni taman yang menonjolkan warisan tamadun Islam ialah seperti ''Taman Singa'' atau ''Hawsh al-Siba'' yang dibina pada sekitar tahun 1377M di Sepanyol. Pembinaan taman-taman diungkayahkan demi menjaga bandar daripada bahaya yang ada hubungan dengan gejala atmosfera. Taman-taman dihiasi dengan tumbuhan pokok-pokok, bunga-bungaan serta buah-buahan dan diserikan lagi dengan pancutan air. Pembinaan taman dapat menghasilkan pengaliran udara yang bersih lagi segar kerana daun-daun pokok berperanan utama sebagai agen penyerap karbon dioksida dan agen pembebas oksigen semasa proses fotosintesis. Proses ini boleh mengurangkan kepekatan karbon dioksida di atmosfera dan membekalkan oksigen untuk pernafasan manusia. Paru-paru dan peredaran darah secara sempurna amat memerlukan udara yang bersih segar. Udara yang bersih mengandungi 78% nitrogen, 21% oksigen dan sedikit kandungan gas seperti karbon monoksida, oksida-oksida nitrogen, oksida-oksida sulfur dan hidrokarbon. Jika pencemaran udara berlaku, sedikit sebanyak akan mengubah peratus kandungan komponen-komponen tersebut. Akibatnya, memudahkan penularan pelbagai jenis penyakit berjangkit di kalangan manusia dan haiwan.

Ulasan lain tentang MENGHARGAI NILAI-NILAI ESTETIK DALAM MENJANA KEMAJUAN
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------