Motivasi yang dipaparkan di dalam buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang santai dan bersahaja. Membaca cerita motivasi
yang ditulis akan kembali membangkitkan semangat kita sebagai seorang guru.
Penulis berjaya menarik minat pembaca untuk membaca helaian demi helaian kisah-kisah motivasi yang dipaparkan.
Pelbagai skop diambil kira, sama ada motivasi daripada pihak guru, kakitangan sekolah, staf sokongan dan daripada pelajar sendiri.
Membaca catatan motivasi yang ditulis olehnya membuatkan kita berfikir semula tentang niat dan fokus kita di dalam dunia pendidikan.
Oleh yang demikian, adalah sewajarnya bagi kita golongan pendidik untuk membaca buku ini bagi mengimbau semula misi dan visi kenapa kita memilih
profesion perguruan.