Buku yang ditulis dengan kreatif dan daya imaginasi yang menarik. Penulis memaparkan konsep motivasi yang maju 2 langkah
ke hadapan bagi membuka minda umat Islam untuk menuju kejayaan.
Buku ini sesuai di baca oleh semua lapisan masyarakat seperti pelajar, guru, ibu bapa, penulis, pendakwah, mufti, cendekiawan dan sesiapa sahaja.
Ilustrasi yang menarik dengan garapan idea yang segar pastinya akan membuatkan pembaca tidak sabar-sabar untuk menghabiskan buku ini hingga ke akhirnya.
Dakwah melalui penulisan sebeginilah yang akan menjadikan umat Islam maju ke hadapan kerana dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari melalui teori dan amali.
Mutiara kata, lukisan gambar yang menarik dan berwarna warni pastinya membuatkan mata pembaca terus segar membaca buku ini hingga ke halaman yang terakhir. Kepada pembaca yang belum memiliki buku ini, belilah di pasaran. Harga RM 25.90 yang ditawarkan memang berbaloi-baloi dengan input yang diperolehi. Selamat membaca!