Buku ini menceritakan tentang nikmat dan azab yang bakal diperolehi oleh orang Islam di alam akhirat. Pada awal buku ini
diceritakan tentang erti suatu kehidupan. Kemudian diceritakan kehidupan di alam dunia. Selepas itu, saat-saat bagaimana menghadapi sakaratul maut.
Bab seterusnya menjelaskan tentang nikmat dan azab kubur. Seterusnya ditulis pula tentang persiapan menghadapi hari kiamat. Bab berikutnya menceritakan tentang kehidupan penghuni neraka dan kehidupan penghuni syurga.
Sesungguhnya kita mestilah ingat bahawa hidup ini adalah sementara dan tidak akan kekal abadi. Apa yang penting, kita seharusnya mempersiapkan bekalan semasa hidup sebelum dipanggil oleh Allah ke alam barzakh.
Bekalan taqwa, amal soleh, sedekah jariah dan lain-lain lagi semestinya menjadi pelengkap dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Semoga kita akan bahagia dia alam akhirat nanti.... Insyaallah