Dr HM Tuah pastinya tidak pernah mengecewakan peminatnya dan penggemar bahan bacaan motivasi. Kali ini beliau menerbitkan
sebuah buku yang sesuai dibaca oleh semua wanita tidak kira muda, tua atau remaja.
Tulisan beliau yang digarap dan diterjemahkan melalui penglaman beliau yang berjumpa dan berinteraksi dengan ramai orang pastinya menjadi panduan dan pengajaran bagi kita tatkala membacanya. Perjalanan hidup yang bercampur antara suka dan duka pastinya akan menjadi ingatan dan teladan kepada kita sekiranya situasi yang hampir serupa menjengah dalam kamus kehidupan.
Kepada semua wanita yang mahu membina peribadi anggun, pastikan buku ini berada dalam koleksi buku-buku di rumah kita. Semoga catatan motivasi dari DR HM Tuah dapat menyegarkan minda dan menceriakan hidup kita. Selamat membaca.