• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Panduan & Peningkatan Diri>Siti FATIMAH (18A) WATAK REMAJA ZAMAN INI.

.

Siti FATIMAH (18A) WATAK REMAJA ZAMAN INI.

oleh : ainsalsabila    

Pengarang : DINSMAN
Siti Fatimah Mukhtar merupakan anak Kelantan yang cemerlang. Dibesarkan dalam keluarga yang berpendidikan baik, dia juga
membesar menjadi ikon remaja masa kini. Ayahnya seorang pegawai kanan Bank Islam dan ibunya seorang guru besar sekolah kebangsaan amat mengambil berat dan menitikberatkan pendidikan buat anak-anaknya.
   Siti Fatimah bersekolah di SMU MAAHAD MUHAMMADI LILBANAT KOTA BHARU, KELANTAN. Selain cemerlang dalam pendidikan akademik, pelajar ini juga cemerlang dalam pendidikan agama dan ko-kurikulum. Semasa di tingkatan 4, Siti Fatimah mendapat 24A untuk semua subjek yang diambilnya di tingkatan 4.
   Dalam bidang ko-kurikulum juga, Siti Fatimah turut aktif. Bermain bola tampar dan ping pong di peringkat sekolah, manakala badminton hingga ke peringkat negeri dan pernah menjadi ketua rumah sukan di sekolahnya. Dia juga aktif menyertai kuiz dan debat .Ketika menyertai kuiz Sains dan Matematik, dia mewakili zon ke peringkat negeri Kelantan. Dalam debat bahasa Arab, berjaya sampai ke peringkat zon. Menjadi pengawas sejakagai 2003 dan sebagai Ketua Pengawas sewaktu di Tingkatan 5.
    Ibu bapanya turut menghantar Siti Fatimah menyertai kelas Tahfiz pada waktu malam kerana yakin dan percaya individu yang hafal Al-Quran akan cerdik akal fikirannya. Ketika buku ini ditulis, beliau telah hafaz 15 juz Al-Quran. Siti Fatimah juga rajin solat Hajat bagi memohon kejayaan dan pertolongan Allah swt. Inilah yang membezakan beliau daripada remaja masa kini . Adik Siti Fatimah bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga soleh dan cemerlang dalam bidang akhlak dan agama.
   Kepada para pelajar, ibu bapa, guru dan sesiapa sahaja yang ingin anak atau pelajar mereka cemerlang, bacalah buku ini untuk mengetahui bagaimana mencontohi akhlak Siti Fatimah yang sangat mencintai masa dan menggunakannya sebaik mungkin.Selamat membaca!
Diterbitkan pada: Oktober 24, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.