Motivasi yang ditulis dengan gaya bahasa santai berdasarkan
pengalaman seharian menjadikan tulisan beliau mudah difahami
dan dekat dihati pembaca. Ilustrasi yang menarik dan sesuai dengan idea bab tersebut menyebabkan pembaca tidak jemu menatap karya tulisan beliau.
Sebanyak 121 bab dipaparkan namun rasanya 1 hari boleh dihabiskan bacaan buku ini kerana kita tidak jemu untuk membacanya. Tajuk seperti "masa budak-budak dulu, " betul ke mimpi kita, " teruknya ayah ni, " kahwinkan aku dan pelbagai kisah lagi pastinya mencuit hati dan mendapat pengajaran disebalik kisah yang dipaparkan.
Bacalah buku ini. Anda pasti tidak akan jemu dan mnyesal membelinya. Banyak
membaca luas pengetahuan...... Selamat membaca.Membaca jambatan ilmu.