• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Panduan & Peningkatan Diri>Nota JUTAWAN NOTA MOTIVASI

.

Nota JUTAWAN NOTA MOTIVASI

oleh : ainsalsabila     

Pengarang : IRFAN KHAIRI
Irfan Khairi antara tokoh jutawan muda yang terkenal dengan kepakarannya dalam bidang internet. Walaubagaimanapun, buku ini
bukan mengenai bisness internet tersebut. Dalam buku ini, penulis berkongsi idea dan ilmu yang dimilikinya bagi mengajar orang lain mencapai hasrat untuk menjadi jutawan dalam apa jua bidang yang kita impikan.
    Dalam buku ini, Irfan Khairi berkongsi dengan kita cara untuk menjadi jutawan ialah kita memerlukan motivasi diri yang tinggi. Kita akan membaca hasil tulisan beliau berkisar tentang apa itu kunci kejayaan, memberi 100% komitmen,  yakin terhadap diri sendiri, kaizen, rancang hari esok kita, teknik berfikir positif dan bermacam aspek lagi yang perlu diberi perhatian dan diperbaiki untuk melayakkan kita menjadi jutawan dalam bidang yang kita pelopori.
    Namun walau apa pun jua, apa yang menarik perhatian saya ialah buku ini diolah dengan gaya bahasa yang jelas dan mudah difahami. Ia juga turut menyelitkan gambaran dan lakaran ilustrasi yang menarik dan tindakan yang sepatutnya kita lakukan. Membacanya seperti kita hadir dan turut serta dalam kuliahnya secara bersemuka. Penulis juga turut mencoretkan apa yang sepatutnya kita lakukan dan bertindak segera dengan coretan ringkas yang memerlukan tindakan segera daripada kita.
    Saya cukup yakin dan percaya kepada sesiapa yang membaca buku ini pasti bersetuju dengan pendapat saya ini. Justeru itu, bacalah dan selongkarlah ilmu berguna yang ada di dalam buku ini. Selamat membaca dan menjadi JUTAWAN!
Diterbitkan pada: Oktober 24, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.