Buku Panduan Mencergaskan Minda ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat tak kira remaja,
dewasa ataupun warga emas. Setiap kita mempunyai minda dan kita pasti menginginkan minda yang cerdas lagi cergas. Justeru, dalam buku ini dijelaskan pelbagai cara dan panduan bagi merealisasikan impian untuk mencerdaskan dan mergaskan minda kita.
Kandungan awal buku ini menyentuh tentang akal iaitu keistimewaan akal, peranan akal & hati, punca akal rosak, memulih dan mencerdaskan akal, pemakanan seimbang, mencerdaskan minda dari aspek psikologi & motivasi.
Buku comel ini pastinya tidak mengecewakan kita kerana ia diadun dengan begitu menarik sekali. Kualiti kertas yang baik dan berwarna-warni,
ilustrasi gambar dan diiringi dengan doa dan ayat Al-Quran yang boleh diamalkan. Membacanya tidak jemu dari satu halaman ke halaman yang lain pula.
Beli dan bacalah buku ini jika kita mahu mencerdaskan dan mencergaskan minda kita. Minda yang sejahtera akan membentuk jiwa yang cemerlang. Selamat membaca!