Petua 8P untuk sisuami yang kita cintai….
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara
satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu
Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5) , P seterusnya mewakili 'persefahaman'
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya
membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,"
HIDU SUAMI CURANG
Saya dapat tips ini dari seorang isteri yang sedang dalam dilema bagi meluluskan permohonan suaminya untuk berpoligami secara bersijil. Walaupun suaminya dah berkahwin di Thailand hujung tahun lepas, tapi sekarang dalam proses untuk mendaftar di Malaysia. Isteri berkenaan ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan anda terutamanya isteri-isteri dan bakal-bakal isteri.
1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? - teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.
2. Kekasih lama - tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.
3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan - tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.
4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah - memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.
5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!
6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka
7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan
8. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa
9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia
10. Memberi perhatian lebih pada kita…hah!! ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka
11. Selalu lewat tidur - dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis
12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?
13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak
14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untukmenghubungi kekasihnya
Kawan2, saya bukan prejudis terhadap lelaki aka suami. Tapi percayalah saya 100%, kalau suami mula menunjukkan salah satu sikap di atas memang dia ada kekasih!!! Biarpun suami kita ni jenis sembahyang tak tinggal, atau nampak alim!! Ini betul!!
Note: Jgn terlalu mudah percaya kata2 suami yg kononnya jujur pada kita…. Kita tidak bertanya tapi dia beria-ria cerita.. itu tandanya dia nak kaburi fikiran kita supaya tak bersyak wasangka padanya…( padahal dia sedang rancak berskandal dengan makwe nya itu) huhuhu… terpulang la nak percaya ke tidak …
TIPS PIKAT LELAKI
Tips ini khas untuk perempuan cara-cara bagaimana untuk pikat lelaki. Ok? Semoga berjaya!
Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
Pandai memasak adalah ciri2 utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
Jujur dan sentiasa merendah diri.
Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
Mempunyai tingkah laku yang baik dan berlemah lembut.
Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
tunjuk pada suami kita hebat… sehebat- hebatnya… cukup pakej… takdesbb nak pandang yang lain…. Tolong jangan terlalu rendah diri… yakin diri dan semangat tuk melawan arus khidupan yg penuh pancaroba dan permainan….