Cerita pendek mengenai seorang lelaki kehilangan hidung ini sangat menarik untuk dibaca. Cerita ini bermula dengan seorang
lelaki bernama Ivan Yakovlevich yang menjumpai satu hidung di dalam rotinya ketika sedang bersarapan. Beliau kemudiannya telah dihalau oleh isterinya yang suka memaksa. Ivan merupakan seorang tukang rambut yang teruk dan juga seorang pemabuk. Matlamat utamanya pada hari itu adalah untuk membuang hidung yang dijumpainya. Beliau cuba untuk membuang hidung
tersebut daripada poketnya tetapi beliau telah ditangkap oleh polis. Akhirnya beliau membuang hidung tersebut ke dalam sungai Neva. Manakala seorang hakim sukan Kovalyov adalah seorang yang telah kehilangan hidung.
Hidungnya merupakan harta yang sangat bernilai bagi dirinya kerana tanpa hidung beliau tidak dapat memujuk mana-mana perempuan untuk pulang bersamanya. Beliau kemudian terjumpa hidungnya berada pada seorang pegawai atasan. Beliau mengikut pegawai tersebut hingga sampai ke sebuah gereja di mana beliau memberitahu pegawai tersebut bahawa hidung tersebut dahulunya adalah hidungnya. Walau bagaimanapun hidung tersebut tidak tahu apa yang dikatakan olehnya. Selain daripada itu, beliau telah mengiklankan supaya hidungnya dipulangkan. Beliau juga sanggup untuk memberi pampasan kepada sesiapa yang berbuat demikian. Pegawai polis yang telah bercakap dengan Ivan muncul di hadapan rumah Kovalyov. Beliau memaklumkannya bahawa hidungnya telah ditemui. Setelah menerangkan bagaimana hidung telah ditemui, beliau menyerahkan hidung tersebut kepada Kovalyov. Kovalyov cuba untuk memasang kembali hidungnya tetapi tidak berjaya. Seorang doktor telah datang untuk membuat pemeriksaan tetapi tidak mahu berbuat apa-apa. Kemudian Kovalyov telah menulis surat kepada ibu teman wanitanya memintanya untuk memasang semula hidungnya. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa ibu teman wanitanya telah menggunakan ilmu sihir untuk menanggalkan hidungnya. Pencerita menerangkan mengenai masalah berkaitan kejadian-kejadian pelik, bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku. Akhirnya beliau akui beliau sendiri sukar untuk mempercayai cerita tersebut tetapi bersumpah bahawa cerita tersebut memang benar-benar berlaku.