Multimedia Super Koridor (MSC) Pengenalan kepada MSCAlvin Toffler, seorang pakar
dalam bidang futuristik telah menyatakan dalam bukunya bernama
Power Shift bahawa zaman pertanian serta zaman perindustrian yang telah berlanjutan selama beberapa kurun lalu akan tamat
dan digantikan dengan zaman
maklumat menjelang alaf baru.
Menyedari hakikat ini, banyak negara kini mengalihkan perhatian mereka ke bidang
teknologi maklumat dengan mengambil peluang untuk menjadikan
industri teknologi maklumat sebagai enjin pertumbuhan eknonomi negara. Sebagai contoh, Singapura telah menetapkan matlamat IT2000 dengan menjadikan Singapura sebagai sebuah Pulau Bistari atau
"Intelligent Island" menjelang tahun 2000.
Dalam hal ini, Malaysia turut tidak ketinggalan, Projek Koridor Raya
Multimedia (
Multimedia Super Coridor atau ringkasannya MSC) telah diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1hb Ogos 1996. Pengumuman ini secara tidak langsung menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah dunia multimedia dan pada masa yang sama menyediakan diri dalam menghadapi zaman maklumat ini.
Kelebihan Daya Saingan MSC Evolusi dalam perkembangan telekomunikasi serta multimedia telah menggabungkan kedua-dua industri tersebut. Multimedia merupakan gabungan antara bunyi, data, grafik dan video. Sementara itu, industri telekomunikasi telah membolehkan hubungan jarak jauh didekatkan dengan rangkaian komputer. Masa depan untuk perkembangan industri multimedia serta telekomunikasi bergantung kepada pergabungan kedua-dua teknologi untuk memberikan lebihan daya saingan kepada
syarikat yang menjalankan perniagaan strategik.
Adalah dianggarkan bahawa pasaran multimedia akan mencecah angka US$3.5 trilion menjelang tahun 2002. Ini adalah lebih kurang saiz ekonomi negara USA pada awal tahun 1980an. (Bradley P.Holmes, Multimedia Global Alliances:Business Opportunities on the Information Highway, APT Jurnal Jan 1995).
Memandangkan "kek ekonomi" bagi industri multimedia adalah terlalu besar untuk mana-mana negara, maka langkah Malaysia mewujudkan MSC untuk turut bersama negara-negara lain dalam pembangunan industri multimedia adalah langkah bijak.
Walaupun Malaysia baru menceburi bidang teknologi maklumat secara serius dan terdapat gergasi industri teknologi maklumat di Silicon Valley, California, Amerika Syarikat, tetapi MSC menawarkan beberapa tarikan yang boleh disifatkan sebagai lebihan daya saingan MSC berbanding lokasi lain di dunia .
Cabaran MSC
Idea MSC nampaknya menarik dan sekiranya berjaya dilaksanakan seperti dalam perancangan akan mentransformasikan taraf ekonomi negara kepada negara berasaskan pembangunan teknologi maklumat.
MSC tidak harus meniru bulat-bulat atau "cut and paste" dari model SiliconValley, Californai, Amerika Syarikat. Apa yang penting ialah mesti mengambil pertimbangan keunikan sosial, politik dan pembangunan ekonomik Malaysia. Dengan itu barulah bersesuaian dengan keperluan kita. Begitu juga, manfaat yang diperolehi harus dilimpahkan ke seluruh negara dan bukan tertumpu kepada MSC sahaja.
Penutup
Tarikh 16-1-1997 merupakan hari bersejarah dalam arena teknologi maklumat Malaysia apabila Panel Penasihat Antarabangsa bertemu di Stanford University, California, USA untuk membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan MSC.
Antara ahli dalam Panel Penasihat Antarabangsa ini ialah Bill Gates (CEO Microsoft), James Barksdale (CEO Netscape), Stan Shih (CEO Acer), Louis Gerstner (CEO IBM). Kebanyakan ahli-ahli panel merupakan ketua eksekutif bagi syarikat gergasi teknologi maklumat serta orang perseorangan yang banyak menyumbang idea dalam pembangunan era maklumat seperti Alvin Toffler serta Kehichi Ohmae.
Persidangan tersebut merupakan julung-julung kali dalam sejarah industri teknologi maklumat yang dapat mengumpulkan begitu ramai "Kapten Industri". Semua ini atas tarikan yang ditawarkan oleh MSC dan kerajaan Malaysia.
Antara syarikat yang telah mula menjadi syarikat MSC ialah Syarikat Sun Malaysia yang mendapat kelulusan dari MDC pada 4-11-96. Syarikat Ernst & Young turut mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan mendirikan pusat latihan di MSC. Menurut MDC, terdapat 12 syarikat yang akan dijangka diluluskan menyertai MSC menjelang akhir tahun 1996 (Chan Lee Meng , The Star, 5-11-96).Sambutan terhadap penubuhan MSC nampaknya menggalakkan. Walau bagaimanapun, ini hanyalah satu permulaan awal. Menanti di depan ialah pelbagai rintangan yang bakal ditempuhi. Sekiranya MSC berjaya dilaksanakan , ia akan membawa Malaysia ke era maklumat dan seterusnya merelisasikan impian wawasan 2020.
Ulasan lain tentang MSC Dan Cabaran Masa Akan Datang